Sejarah di sebalik tarikh 16 September yang rakyat Malaysia patut tahu

16 hari selepas Malaysia merayakan hari kemerdekaan atau lebih tepatnya disebut sebagai Hari Kebangsaan , ada satu lagi satu peristiwa yang cukup memberikan makna kepada masyarakat iaitu Hari Malaysia.

Namun cuti ini bukan sekadar cuti biasa kerana ada sejarah yang berlaku yang patut generasi muda ketahui.

Makna Hari Malaysia 

Pada 16 September 1963, kira-kira enam tahun menjadi tarikh keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Pada hari tersebut, berlakunya pembentukan, pengistyitiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu.

Ia merupakan  hasrat Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia, namun  hanya pada Oktober 2009, Perdana Menteri  Malaysia yang keenam berjaya merealisasikan keinginan tersebut menjadi cuti umum untuk diperingati.

Dewan Rakyat gamat dengan sorokan sejurus pengumuman pengisytiharan persekutuan Malaysia berlaku diikuti penyertaan Sabah dan Sarawak.

“Keluarga Malaysia, Teguh Bersama” adalah tema yang menjadi kebangaan Hari Malaysia 2022.

Dalam kehangatan menyambut peristiwa ini pastinya, ada yang tertanya-tanya tentang kronologi sejarah pembentukan tersebut berlaku.

1. Hasrat Tunku Abdul Rahman

  • Bantu membebaskan Sabah, Sarawak, dan Singapura daripada penaklukan k0munis.
  • Mahu menyatukan Tanah Melayu bersama tiga lagi wilayah tersebut untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.

2. Tempoh genting 1957 hingga 1963

Tahun 1957, Tanah Melayu sudah mencapai kemerdekaannya tetapi belum lagi wujudnya nama Malaysia.

Bahkan penyatuan wilayah berdekatan Tanah Melayu seperti Sabah, Sarawak, dan Singapura juga belum berjaya bagi mewujudkan gerakan ekonomi dan s0sial yang serupa.

3. Cadangan disuarakan

Tanggal 27 Mei 1961 bertepatan di Hotel Adelphi, Singapura, Tunku Abdul Rahman menyuarakan hasrat dan ideanya mengenai pembentukan Malaysia.

4. Reaksi Sabah dengan pembentukan Malaysia

Pada mulanya, idea itu diterima dengan sangat baik oleh Perdana Menteri Singapura dan pihak British. Namun ia ditentng keras oleh Sabah dan Sarawak.

Suasana yang penuh dramatik berlaku satu persatu serta melibatkan campur tangan luar serta suara ramai.

Malah, Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (JPPK) diketuai oleh Donald Stephen bertugas nenerangkan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia serta mengumpul pandangan dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.

5. Pembentukan Suruhanjaya Cobbold

Tekanan demi tekanan berlaku, namun tidak sesekali mematahkan usaha pembentukan Malaysia. Sekali lagi,  Pembentukan Suruhanjaya Cobbold dibentuk bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia, membuat penilaian, dan mengemukakkan cadangan.

6. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia

Hasil kata sepakat, maka termeterailah Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang telah ditandatangani oleh wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, di London demi membentuk gagasan pembentukan Malaysia.

7. Penubuhan Malaysia

Tarikh bersejarah 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman disaksikan oleh 30,000 rakyat hadir menyaksikan upacara berkenaan. Laungan “Merdeka” dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman menandakan semua negara yang baru.

Ia turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Melayu, dan Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Singapura.

Brunei dan Singapura keluar Malaysia?

Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa Brunei tidak termasuk dalam wilayah Malaysia, dan Singapura pula yang sudah terlebih dahulu menandatangani Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia boleh keluar begitu sahaja?

1. Brunei men0lak bergabung kerana beberapa alasan

Sultan Brunei ke-28, Sultan Omar Ali Saifuddien III men0lak mentah-mentah idea gabungan ini kerana berpendapat Brunei mampu untuk berdiri sendiri tanpa bantuan British atau tangan luar lain.

Bahkan beliau mengemukakan beberapa alasan munasabah berkenaan:

  • Hasil minyak yang perlu dik0ngsi.
  • Keinginan untuk menguasai dan mengawal secara kekal hasil bumi dan semua pendapatan minyak.
  • Ekonomi Brunei akan tergugat bila mana pendapatan hasil minyak perlu diberikan kepada persekutuan 10 tahun selepas Brunei ke dalam Malaysia.
  • Kedudukan kesultanan Brunei yang tergugat di bawah pemerintahan.

2. Singapura ibarat dvri dalam daging

Singapura bertindak untuk keluar dari Malaysia kerana masalah ekonomi, politik, dan isu perkauman dari konsep “Malaysia Malaysia”.

  • Isu ekonomi – disebabkan pemungutan hasil cukai dibahagikan 60% kepada Singapura dan 40% kepada kerajaan persekutuan.
  • Isu politik – PAP yang pada mulanya tidak mahu terlibat dalam pilihan raya Tanah Melayu kemudian, memungkiri janji dan menyertai Pilihan Raya 1964.
  • Isu perkauman – masyarakat Melayu Singapura rasa terabai di Singapura.
  • Isu konsep – “Malaysia Malaysia” men4fikan institusi Kesultanan Melayu dan mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Akhirnya, Singapura keluar Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Sama ada Hari Malaysia atau Hari Kemerdekaan Negara, kedua-duanya mempunyai maksud dan sejarah yang berbeza tetapi ada kaitan antara satu sama lain.

Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 hanya hari pembebasan Tanah Melayu daripada penjaj-ahan kuasa British.

Berbeza dengan Hari Malaysia, di mana ia bertujuan menyatukan kesemua wilayah berhampiran bagi membe-baskan Sabah, Sarawak dan Singapura daripada pengaruh Komunis yang sangat kej4m ketika itu.

Oleh yang demikian, semangat perpaduan dan sifat patriotisme, bagi kedua-dua peristiwa ini perlulah diraikan dengan penuh kemeriahan dan semangat perjuangan yang tinggi kerana setiap nikmat yang generasi perolehi pada hari ini adalah jerih-payah d4rah dan keringat pahlawan yang gu.gur mempertahankan negara, agama dan bangsa. 

Bersyukurlah! 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Harian Post via Majalah Ilmu