Atu Zero diperdaya puluhan ribu ringgit gara-gara gambar anak

Kerana sifat penyayang dan prihatinnya, pelakon dan pelawak Atu Zero, 30, menga4ku acapkali menjadi magsa ‘sc4mmer’ yang meminta bantuan wang di media s0sial sehingga dia ker.ugian puluhan ribu Ringgit.

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif berkata, dia tidak sampai hati apabila ada yang menghantar mesej meminta bantuan darinya dengan menyertakan gambar anak.

“Saya sudah banyak kali kena ‘sc4m’. Iyalah, saya memang tak boleh kalau mereka hantar gambar anak. Automatik saya tutup mata dan hantar (bantuan). Tahu-tahu, isteri saya cakap benda itu ‘sc4m’. Kalau campur-campur jumlah bantuan itu, boleh cecah puluhan ribu. Itu tanpa pengetahuan isteri saya,” katanya.

Pelawqk p0pular itu cuma menyedari itu adalah perbuatan ‘sc4mmer’ selepas mendapati isterinya Shafeeqa Johari turut mendapat mesej serupa.

“Bayangkan ‘sc4mmer’ itu menghantar mesej kepada 10 individu berbeza setiap hari. Pasti banyak hasil kutipan meni.punya itu. Tapi itulah, bila terima gambar anak dalam mesej begitu, memang luluh hati jadinya,” ujar Atu lagi.

Dalam pada itu, Atu teruja apabila van jena.zah yang diusahakannya bersama isteri sudah hampir siap dan sedia dihantar ke Sabah untuk membantu rakyat di sana.

“Buat masa ini, fokus kami adalah beri bantuan van jen.azah di sana terutama di Kudat kerana akses terhad terhadap perkhidmatan begitu,” katanya.

Atu mendirikan rumahtangga bersama Shafeeqa Johari pada tahun 2016 dan telah dikurniakan dua orang cahayamata.

Sabar ye Atu, semoga keru.gian Atu Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik.

 

 

 

Sumber:HM