Cantik , lemah lembut tapi lasak, keperibadian Pengiran Anak Sarah menarik perhatian rakyat

Dikurniakan rupa paras lembut menawan, pesona yang dimiliki Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah tidak dapat dinafikan.

Ia turut diserikan dengan penampilan baginda yang menutup aurat serta tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur masih utuh dipelihara.

Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.

Pengiran Sarah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam dengan kepujian Kelas Pertama dari Universiti Brunei yang diperolehinya pada tahun 2010.

Beliau juga ialah seorang ahli kadet tentera di universiti dan penjaring terbanyak dalam pasukan bola jaring ketika menuntut di universiti tersebut.

Berkahwin sewaktu berusia 17 tahun, percintaan antara Pengiran Anak Sarah dengan putera mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dikatakan bermula ketika Putera Brunei itu mengadakan lawatan ke sekolah Pengiran Anak Sarah.

Pasangan diraja ini diijabkabulkan di Istana Nurul Iman yang turut mendapat jolokan Wedding Of the Year ketika itu .

Kedua-dua pasangan diraja ini dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan.

Hasil perkahwinan selama hampir 17 tahun itu, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

Semoga Pengiran Anak Muda Sarah terus menjadi inspirasi buat semua wanita di luar sana.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: N0na