Ralit berkaraoke, pasangan muda tak sedar anak jatuh dari hotel tingkat tiga

Percutian keluarga yang sepatutnya membawa kenangan manis menjadi memori ng3ri buat sepasang ibubapa apbila anak mereka yang berusia tiga tahun m.aut terjatuh dari tingkat tiga di Hotel Grand Central, Jalan Jenderal Sudirman, Riau, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Bukitraya, Syafnil berkata, ketika kejadian magsa ditiggalkan bersendirian di dalam bilik hotel tersebut kerana ibu bapanya sedang berkaraoke di tingkat bawah bangunan.

“Kita dapati magsa tinggal seorang diri pada awal pagi sebelum jatuh melalui tingkap pada waktu subuh.

“Ibu bapa kanak-kanak itu yang berasal dari Lampung mengaku mereka pergi berkaraoke pada waktu itu,” katanya lapor Kompas.com.

Magsa merupakan anak kepada pasangan Muhammad Rizky Ravaneli, 22, dan Okta Reviani Heni, 23.

Menurut Syafnil, kejadian disedari oleh pengawal kesel.amatan dan pengurus hotel tersebut.

Katanya, ketika kejadian, saksi terdengar seperti bunyi jatuh dari laluan masuk hotel sebelum mendapati magsa terbaring atas lantai dengan berlumuran darah.

“Selepas itu, saksi pergi ke sebuah bilik di tingkat tiga, namun ibu bapa magsa tiada di dalam bilik.

“Saksi kemudian turun semula ke bawah dan memberitahu ibu bapa magsa anaknya jatuh dari tingkap bilik dan dibawa ke h0spital,” katanya.

Sumber:UM