Nafi tiru produk inai lain, inai Che Ta guna kuku manusia

Usahawan dan pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta, 49, men0lak tuduhan pelbagai pihak yang menganggap tindakannya membuat uj.ian ketelapan air terhadap inai jenamanya sebagai meniru usaha yang dilakukan oleh selebriti lain.

Che Ta berkata, ujian klinikal itu adalah inisiatif yang dilakukannya bagi melenyapkan rasa was-was pengguna, selain memastikan kaedah yang digunakan tidak sama dengan mana-mana jenama lain.

“Saya faham apabila kita buat sesuatu selepas orang lain, ada yang kata kita men.iru. Tetapi, tiada istilah meniru sebab rakan niaga saya, Anas Zahrin sudah lama meminta saya untuk ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi tujuan itu (ujian klinikal inai).

“Tetapi, saya yang terlalu sibuk dengan penggambaran dan pelbagai urusan lain. Cuma, baru-baru ini saya berkesempatan untuk pergi dan lihat sendiri proses ujian itu dilakukan. Paling utama, produk saya tidak sama dengan inai jenama lain.

“Kami lakukan ujian terhadap kuku manusia dan satu-satunya jenama inai yang berbuat demikian.

Jenama lain pula membuat ujian menggunakan kaca dan lateks,” katanya ketika ditemui pada majlis A Night With Rozita Che Wan yang bertemakan Bollywood di ibu negara, baru-baru ini.

Selain itu, jelas Che Ta, usaha untuk menjalankan uji4n klinikal itu telah dibuat sejak tiga bulan lalu.

“Kita sudah hantar ke makmal sejak tiga bulan lalu dan pihak UMT melalui Fakulti Perikanan dan Sains Makanan telah menjalankan ujian terhadap inai jenama Che Ta. Syukur apabila inai ini diiktiraf selamat dan s4h dibawa solat.

Pelakon Kiah Pekasam ini berkata lagi, lambakan pelbagai jenis inai yang ada dalam pasaran seperti serbuk, inai siap bancuh atau inai celup segera membuatkan ramai dalam kalangan pengguna ragu-ragu sama ada ia boleh dibawa solat atau tidak.

Maka atas dasar itulah pihaknya mengambil inisiatif bagi meleraikan kera.guan pengguna dan berharap dengan pengumuman ini para pengguna yakin dengan inai keluarannya. 

Pada majlis sama, Che Ta turut berkongsi, produk inai yang dilancarkan bersama rakan niaganya, Anas Zahrin telah terjual 100,000 kotak selepas empat bulan di pasaran.

 

 

 

 

 

Sumber:UM