Babak tanpa suntingan filem Mat Kilau ‘terlepas’ di Netflix kelirukan penonton

Semalam mengambil kira sempena Hari Malaysia, filem yang mencetuskan fenomena, Mat Kilau mula di tayangkan di Netflix.

Bagaimanapun filem arahan Syamsul Yusoff itu tiba-tiba trending di media s0sial apabila terdapat satu kesa-lahan fakta yang agak besar dikesan penonton.

Ia membabitkan satu babak di mana Mat Kilau menerangkan kepada anaknya bahawa Abdullah bin Mubarak adalah sahabat Nabi Muhammad SAW tetapi sebenarnya tidak.

Seorang pengguna Facebook Halim Abdulrrahman Halim membetulkan fakta itu di mana Abdullah Ibn Mubarak ialah seorang  Tabi’in dan ahlul hadith, beliau lahir 118 Hijrah dan tidak pernah berjumpa Baginda Nabi.

Tulis pengguna tersebut,

“Abdullah Ibn Mubarak sahabat Nabi? Setahu saya Abdullah Ibn Mubarak seorang Tabi’ Tabi’in dan ahlul hadith, beliau lahir 118 Hijrah. Tidak pernah jumpa Nabi.

“Mungkin ‘Mat Kilau’ tersasul, dan sebenarnya dia mahu maksudkan Abdullah Ibn Rawahah r.a. Kalau Abdullah Ibn Rawahah memang pahlawan dan panglima per4ng, memimpin 3,000 Muslim melawan 200,000 tentera Rom pada per4ng Mu’tah.

“Harap pihak pengarah atau penerbit double check skrip para pelakon sebelum difilemkan,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Studio Kembara bertindak pantas dan telah menghubungi Halim berkenaan isu nama Abdullah Ibn Mubarak.

Menurut Studio Kembara sebenarnya bahagian itu telah disunting setelah ditapis oleh pen-asihat syariah maka kerana  itulah babak tersebut tidak ada ketika ditayagkan di pawagam.

“Jadi lepas ini mereka akan minta Netflix untuk siarkan kandungan yang sudah disunting atau ditapis sahaja. Moga ia dapat menjelaskan kekeliruan.

“Terima kasih Studio Kembara atas kesungguhan ini,” balas Halim.

Ini penjelasan Studio Kembara kepada Halim.

Saya daripada Studio Kembara;

Terima kasih atas pembetulan tentang Abdullah bin Mubarak. Usaha murni ini amatlah penting untuk memastikan displin ilmu ke arah terus di pelihara keaslian dan kefahaman yang benar kepada masyarakat kita.

Sebenarnya bahagian ini telah disunting selepas ditegur oleh penasihat syariah.

Dan semua tayangan pagawam hanya menyiarkan filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja.

Untuk tayangan Netlix, kami baru maklum bahawa ada sedikit kekel.iruan file dan kami sedang minta Netflix untuk menayangkan Filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja.

Segala tulisan Tn Halim terhadap Filem Mat Kilau kami ambil positif untuk menambahbaik produksi seterusnya. Jazakumullah khairan jaza’ .Semoga terus menegur untuk kebaikan bersama.

Nampaknya, kesal-ahan yang tidak disengajakan ini rupanya menyebabkan kesemua penonton telah menonton versi uncencored yang mempunyai perbezaan dari apa yang ditonton di pawagam.

Mat Kilau kini boleh distrim di Netflix dan turut boleh ditonton di pawagam yang terpilih.

 

 

 

 

 

Sumber:MH Daily