Ninie rayu Cliff Umar bertanggungjawab

“Cerita ini pun setiap tahun ada. Jadi, kami tak mahu keruhkan lagi keadaan,” itu jawab Anita,pengurus kepada penyanyi Cliff Umar, Juara Gegar Vaganza musim ke7 yang did4kwa oleh bekas isterinya mengabaikan tanggungjawab nafkah anak-anak lebih pada 10 tahun.

Menurut Anita, Cliff enggan memberi sebarang k0men kerana perkara berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi dan penyanyi terbabit tidak mahu memperbesarkan kepada umum.

“Cliff enggan beri sebarang kenyataan disebabkan hal ini terlalu peribadi. Lebih baik untuk dia tidak cakap apa-apa”, ulas Anita, ringkas.

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita menda.kwa dirinya bekas isteri kepada Cliff, mended.ahkan bahawa penyanyi tersebut mengabaikan nafkah anak-anaknya.

Wanita yang dikenali sebagai Ninie itu merayu kepada penyanyi terbabit untuk bertanggungjawab atas anak-anaknya dari segi perbelanjaan.

Dia turut membuat perkongsian terpaksa meminta pertolongan sehingga mendapatkan rumah malah Cliff tidak mengendahkan anak-anaknya ketika sedang s4kit.

Sumber:HM