Bodyguard kongsi pengalaman pahit manis ‘jaga’ Fazura & Fattah Amin

Baru-baru ini t.ular di laman s0sial pelakon terkenal yang juga kini bergelar usahawan berjaya,  Fazura menjadi bualan netizen di Tik Tok berhubung video jam tangan mewah yang dimilikinya ketika sambutan hari lahir Fattah Amin. 

Meninjau di ruangan k0men, rata-rata netizen memuji sikap Fazura yang sentiasa merendah diri dan tidak gemar menayang kemewahan.

Ada berpendapat ibu kepada seorang cahaya mata, Nur Fatima itu layak menggayakan jam tangan seperti itu atas berkat usaha gigihnya dalam bidang seni dan perniagaan.

Namun, ada juga segelintir netizen mengatakan jam tangan mewah tersebut adalah sekadar pinjaman, dan tidak hairanlah Fazura memasang beberapa orang pengawal peribadi untuk tujuan tersebut.

Enggan berteka teki, salah seorang bodyguard Fazura, Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin atau mesra digelar Shah yang juga merangkap pengawal peribadi the power couple ini ,berkogsi kisah di sebalik jam tangan tersebut serta kisah pahit manis dan pengalamannya sepanjang bergelar ‘bodyguard’ untuk the power-couple ini.

Pemilik nama sebenar Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin ini berkata, ketika awal kerjayanya,dia ditawarkan untuk menjadi pengawal peribadi kepada Fattah  Amin sahaja.

Namun tidak lama selepas itu, dia diminta untuk menjaga kedua-duanya,  Fattah dan Fazura untuk acara Anugerah Bintang Popular pada tahun 2017.

Dan selepas itu dia terus berkhidmat menjaga keselamatan dan privasi pasangan selebriti kesayangan ramai ini.

Lantaran itu, Shah men.afikan sekeras-kerasnya bahawa dia dibayar oleh satu syarikat untuk menjaga kesela.matan Fazura ketika beliau memakai aksesori mahal sehinggakan perlu memulangkannya dengan segera. 

Hakikatnya sudah 5 tahun dia mencurahkan bakti menjaga keselamatan kepada pasangan selebriti popular itu.

 ‘Selamat’ ini bukan hanya merujuk kesela.matan diri secara fizikal luaran tetapi dia  juga perlu memastikan Fazura dan Fattah selamat dari sebarang atau setidak tidaknya mengurngkan risik0 dari peyakit w4bak yang melanda satu dunia sekarang ini.

Shah juga pernah dikec.am teruk oleh para netizen di  laman s0sial nya,  hanya disebabkan satu video yang menunjukkan dia menghalang beberapa peminat menyerbu Fazura untuk bergambar.

Ketika ditanya apakah pengalaman manisnya ber’Bos’ kan selebriti p0pular,Shah berkata,

“Banyak kenangan manis sebenarnya. Tapi kalau diminta satu, momen paling manis pastinya ketika event di Johor. Habis dari event itu Faz ajak kami semua ke JPO sementara nak menunggu ketibaan flight sebelah malam.

Sampai saja dekat JPO tu Faz ajak semua team masuk satu butik ini. Selepas itu, Faz cakap… “You all pilih satu barang. Ambil saja apa apa..” Semua terkejut. Ada juga yang mengalirkan air mata ketika itu, tapi bukan saya lah..nak control macho punya pasal. Tapi saya cukup bersyukur”.

Bukan itu sahaja ,malah Shah berkata, keluarganya juga mendapat perhatian  Fazura dan Fattah.

 

“Mereka cukup baik bukan dengan saya saja, tapi dengan semua orang yang berkerja dengan mereka. Mereka punya baik hati sampaikan isteri dan anak saya pun mereka berdua tak pernah lupa.

Jika mereka pergi shopping, mesti Faz akan tanya “Isteri Shah suka warna apa ya, anak Shah suka toys apa ye”. Jadi setiap kali mereka bertanya soal itu, saya cuba untuk mengelak, maklumlah saya berkerja dan dibayar.

Malu juga dibuatnya. Jadi sekarang ini kalau mereka nak belikan apa apa untuk isteri atau anak saya, mereka dah tak tanya. Mereka terus beli saja dan berikan kepada saya.

Macam itulah baiknya insan yang bernama Fazura dgn Fattah ini. Saya bersyukur dapat bekerja dan mengenali pasangan ini. Padanlah mereka berdua disayangi ramai”.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: N0na