21 tahun lalu, Chan Chanwatcharakarn, 72, kehilangan isteri tercintanya yang meninggal dunia kerana pendar4han otak setelah mengalami tekanan dar4h tinggi.
Bagaimanapun Chan tidak sanggup berpisah dengan mendiang isterinya lalu menyimpan mayat wanita itu di dalam keranda di rumahnya di daerah Ram Inthra, Bangkok setelah selesai ‘upacara pengebumian’ tanpa membakarnya.
Maka bermulalah episod hidup bersama mayat dalam diari warga emas itu.
Selama 21 tahun, Chan berkata, dia kerap bercakap dengan ‘isterinya’ seolah-olah surihatinya itu masih lagi bernyawa.
Menurutnya, ia adalah cinta pandang pertama dan pasangan itu tidak pernah berg.aduh sepanjang perkahwinan mereka.
Isteri Chan pernah bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kes1hatan di Bangkok.
Bagaimanapun, disebabkan usianya yang semakin meningkat, Chan ,seorang pesara tentera, bimbang tidak berpeluang mengadakan upacara pengebumian yang wajar untuk isterinya lalu menghubungi Yayasan Petchkasem Krungthep untuk mendapatkan bantuan.
Yayasan itu kemudian membantu Chan menguruskan upacara pemba.karan mayat dan pengebumian yang diadakan di sebuah wat di Bangkok pada Isnin lalu.
Abu mayat wanita itu diletakkan di dalam tempayan dan Chan berkata dia akan menyimpannya sehingga dia meniggal dunia.
What an epic love story!
Sumber:K0smo