Warga Malaysia 23 tahun ditemui m4ti di Thailand dipercayai magsa dera sindiket penipuan kerja

Baru-baru ini sepasang suami isteri warga Malaysia yang ke Bangkok untuk mendapatkan anak lelaki mereka yang dikhabarkan s4kit tidak dapat menahan kese.dihan sebaik mengetahui anak mereka sebenarnya sudah pun meniggal dunia 11 Mei lalu di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar.

Lebih menyed1hkan apabila Goi Chee Kong, 50, dan isterinya yang berusia 45 tahun dari Ipoh, Perak mendapat tahu yang anak sulung mereka, Zhan Feng, 23, menjadi mangsa sind1ket pen1puan kerja.

Zhan Feng dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar dan dipaksa bekerja untuk sindiket itu.

Menurut pasangan suami isteri itu, awalnya mereka dimaklumkan bahawa anak mereka s4kit  dan diminta ke Bangkok  untuk membawa pulang mangsa bagi mendapatkan raw4tan di Malaysia.

Mereka kemudian berlepas ke Bangkok pada 30 Ogos dan dijadualkan ke Mae Sot pada hari berikutnya untuk bertemu Zhan Feng.

Bagaimanapun sebaik tiba di h0spital mereka  diberitahu bahawa anak mereka telah meninggal dunia 3 bulan lalu iaitu pada 11 Mei 2022. 

Doktor turut memaklumkan bahawa mendiang Zhan Feng telah didera sebelum ditinggalkan di h0spital pada 11 April.

Chee Kong berkata anaknya dimasukkan ke unit raw4tan rapi (ICU) h0spital itu dengan menggunakan nama dan nombor pasport palsu.

Berikutan itu katanya pihak h0spital gagal menghubungi kedutaan dan keluarga untuk membincangkan mengenai keadaan kesi-hatan dan rawatan anaknya.

“Disebabkan tidak mendapat rawatan lanjut, sebulan kemudian dia meniggal dunia. Jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan di Si Racha di wilayah Chonburi,” katanya.

Beliau dan isterinya berharap dapat membawa pulang abu anak mereka secepat mungkin.

Bagaimanapun, beliau perlu menjelaskan tunggakan bil h0spital kira-kira RM40,000 sebelum boleh mendapatkan sijil kem4tian untuk menjalankan uj.ian DNA dan pembakaran mayat.

Dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum Sim Chon Siang yang berada di Bangkok, satu kempen mengumpul dana telah dilancarkan pada Jumaat.

Hanya kira-kira 22 jam, sejumlah RM50,000 dapat dikumpulkan yang akan digunakan bagi membayar bil dan yuran pembakaran mayat serta membawa abu pulang ke Ipoh, Perak.

Sim berkata urusan pembayaran bil h0spital akan dibuat pada Isnin bagi mendapatkan sijil kem4tian serta kebenaran untuk menggali kubur.

“Kami berharap dapat bawa pulang abu ke Malaysia pada Khamis. Kami harap semuanya akan berjalan lancar,” kata Sim.

Zhan Feng, pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru (IPG) itu belepas ke Bangkok untuk bercuti pada 19 Januari lalu dan bagi bertemu rakan yang dikenalinya di media s0sial.

Dia sepatutnya pulang ke Malaysia untuk menyambut ulang tahun kelahiran ibunya pada 5 Februari. Berikutan itu pada 7 Februari Goi Chee Kong membuat laporan orang hil4ng.

Pada 31 Mac, magsa  menghubungi keluarganya dan memberitahu dia berada di Mae Sot di Wilayah Tak serta memerlukan RM80,000 untuk raw4tan perubatan.

“Kami percaya sesuatu berlaku pada dia. Kami yakin dia sedang diperhatikan dan dia.ncam. Dia minta maaf kerana tak dapat balik ke rumah. Dia janji akan balik semula setahun kemudian… sejak itu kami tidak dengar apa-apa berita daripadanya,” kata Chee Kong.

Beliau percaya anaknya menjadi mangsa sindiket peni.puan kerja dan telah membuat lap0ran polis pada 2 April lalu.

Beliau menasihatkan pencari kerja tidak terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara dengan upah yang lumayan.

“Kami terima apa yang berlaku. Saya harap apa yang menimpa anak saya menjadi pengajaran kepada semua pencari kerja. Saya harap perkara yang sama tidak akan berulang,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: BERNAMA