Ryan Bakery kini suami orang

Selepas lima bulan bertunang, personaliti TikTok popular, Ryan Fahmi Bakery selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Elyia Ibrahim jam 11 pagi tadi.

Menerusi tinjauan di beberapa platform, gambar dan video sekitar majlis pernikahan pempengaruh berusia 27 tahun itu mula dikongsi oleh pengguna media s0sial.

Adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan abangnya.

 

 

Sementara itu, seorang pengguna aplikasi TikTok @multazamnasir yang diundang bagi menghadiri majlis tersebut sempat merakam ucapan daripada Ryan selepas bergelar suami.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Ryan dan isteri yang dilihat mengenakan persalinan serba putih meninggalkan pesanan ‘teruskanlah hidup walaupun tidak berguna’ dengan nada bergurau.

Melihat reaksi warganet di laman Twitter pula, rata-rata menyambut baik berita gembira itu sekali gus mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Ryan.

Ryan mula mencipta nama selepas video TikTok nya berkenaan zaman kanak-kanak mendapat perhatian ramai. 

Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai majlis pernikahan personaliti itu tidak dapat dipastikan.

Apapun, Tahniah Ryan!

 

 

 

 

Sumber:BeritaPer4k