Kini kerja di bengkel, Bad kelu bekas isteri sudah temui pengganti selepas 3 bulan cerai

Penyanyi Bad Indigo, kelu ketika mendapat perkhabaran bekas isterinya,penyanyi Ashira sudah menemui pengganti walaupun baru tiga bulan mereka bercerai.

Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, berkata, meskipun sudah bukan bergelar suami kepada Ashira, namun perasaan sayangnya terhadap Ashira masih ada malah berharap mereka dapat kembali bersama sekiranya diberi peluang.

“Ketika kami buat video umum pence.raian sebelum ini pun saya pernah kata masih sayangkan dia. Saya mahu lihat dia gembira dan dalam hati ini ada perasaan sayang dan harap boleh buat Ashira kembali bahagia.

“Namun Allah telah tentukan jodoh kami tak panjang… Memang terkejut apabila dapat tahu dia sudah membawa hati dengan orang lain.

Dalam pada itu, Bad berkata, meskipun hatinya masih belum pulih daripada penc eraian mereka namun dia reda dengan ketentuan Allah selain mendoakan kebahagiaan bekas isteri.

“Hati ini pun masih belum pulih lagi sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk kuatkan diri dan perkongsian saya di media s0sial itu hanya sekadar meluahkan apa yang dirasai ketika ini.

“Takut juga jika ada yang salah anggap… Sekarang ini saya berusaha meneruskan kehidupan dan pada masa sama saya sentiasa mendoakan Ashira bahagia,” ujarnya.

Bercakap soal jodoh, Bad tidak berharap mana-mana wanita untuk jatuh hati kepadanya memandangkan keadaan dirinya yang kini berkerusi roda akibat diabetes.

Kata Bad, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti kerana sedar keadaan dirinya selain tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Terus terang saya katakan, saya tidak mahu susahkan orang lain dengan keadaan diri saya sekarang. Jadi memang tak terfikir untuk kembali bertemu jodoh.

“Rasanya mana-mana wanita pun akan fikir dua tiga kali melihat keadaan saya. Semuanya terbatas,” katanya.

Sementara itu, Bad memberitahu dia kini bekerja di sebuah bengkel di Ampang sejak Januari lalu ekoran sudah lama tidak menerima sebarang undangan nyanyian.

Untuk rekod, Bad dan Ashira berkenalan ketika sama-sama menyertai pertandingan Gegar Vaganza dan melangsungkan perkahwinan pada 11 Mac tahun lalu.

Namun pasangan itu membuat kejutan apaba mengumumkan pencer.aian mereka pada Jun lalu.

Bad yang bergelar bapa tunggal sejak 2010 mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Rayyan, 13 dan Rania, 12 tahun.

Manakala Ashira yang berstatus ibu tunggal sejak 2015 memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 16 tahun.

 

 

Sumber:mst4r