“Muka Mira sangatttttt”

HAMPIR enam bulan selepas melahirkan cahaya mata sulung, pelakon popular Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar akhirnya mende.dahkan wajah anak sulung mereka di media s0sial.

Wan Emir memuat naik gambar keluarganya yang sedondon memakai pakaian tradisional berwarna hijau dan memperlihatkan wajah Wan Khair Amir yang tersenyum comel.

Tidak hanya satu, pasangan itu memuat naik dua lagi gambar anak mereka untuk tatapan peminat.

Wan Emir menerusi hantaran di Instagram turut berdoa agar putera sulung mereka itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa.

Mira Filzah dan suami kongsi wajah anak.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa dan mama serta semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak yang soleh dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan juga meluahkan rasa sayangnya terhadap anak mereka.

“Papa dan mama sayang anak papa mama Wan Khair Amir hingga ke akhir waktu,” katanya lagi.

Perkongsian itu nyata meraih perhatian warganet serta  memuji akan kecomelan wajah anak pelakon berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa wajah Wan Khair Amir seiras wajah ibunya.

Wah comelnya, iras muka mama la.

“Manisnya muka, banyak ikut Mira ni. Senyum pun sama.

“Amir cemboy la, geram dengan pipi dia,” kata netizen.

Untuk rekod, Mira, 29, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 10 Mei lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mst4r