5 keluarga dari Malaysia terkandas di Madinah untuk tunggu ‘Imam Mahadi’ perlu bayar denda RM319,000

Seramai 29 orang membabitkan lima sekeluarga dari Malaysia didapati terkandas dan tinggal di Masjid Nabawi, Madinah selepas terpedaya dengan da.kwaan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang juga pemimpin tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah kononnya Imam Mahdi akan muncul di Arafah.

Difahamkan mereka tidak dapat pulang ke tanahair kerana g4gal menjelaskan wang de.nda kerana tinggal lebih masa selepas terpedaya dengan dakw.aan pemimpin tarekat itu.

Mereka sebelum ini juga terpaksa tinggal di Masjid Nabawi dan mengharap ehsan orang ramai yang memberi bantuan wang dan makanan untuk menyara hidup selepas terkandas lebih tiga bulan di Madinah.

Lebih memilukan jumlah dend.a yang perlu dijelaskan setiap orang adalah RM11,000 dan jumlah keseluruhan adalah RM319,000 di mana mereka kini berada berada sementara di kediaman Konsulat Malaysia di Jeddah

Menurutnya, jemaah terbabit terkandas di Madinah selepas habib itu ditahan kerajaan Arab Saudi dan dihantar pulang ke Malaysia.

“Mereka yang masih tinggal di Madinah pada ketika itu masih percaya pemimpin mereka akan datang kembali membawa wang untuk membawa pulang ke Malaysia.

“Jemaah ini tinggal lebih masa sejak Jun lalu dan mereka tidur di Masjid Nabawi hampir tiga bulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mereka ini datang atas visa pelancongan dan ia berbeza dengan visa umrah dan haji di mana jika tinggal lebih masa akan ditangkap pihak berkuasa dan terus dihantar pulang.

“Jika masuk menggunakan visa pelancongan pihak berkuasa tidak akan menahan sebaliknya mereka perlu membayar denda tinggal lebih masa sebelum dibenarkan pulang.

“Setakat ini, 29 orang dari lima keluarga ini bersetuju untuk pulang dan mengharap bantuan orang ramai bagi membolehkan mereka membayar denda sementara ada lagi yang enggan pulang dan tetap ingin tinggal di Madinah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya jika ada mana-mana individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membantu mereka boleh berhubung dengannya di talian 0134617301 atau menghubungi Konsulat Malaysia di Jeddah.

Sebelum ini Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) telah menutup pusat pengamalan tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus yang beroperasi di Kampung Jawa, Labu.

Penutupan itu dibuat susulan jabatan berkenaan menerima ad.uan tarekat terbabit melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak.

Habib Shah Firdaus didakwa melakukan perbuatan atau amalan yang bercanggah dengan bentuk pengamalan tarekat tasawuf yang direkodkan dalam daftar di bawah perenggan 11(1)(h) Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005.

Sumber:HM