Ada masalah peribadi, Caprice mengaku jumpa psikiatri sejak usia 18 tahun

Terpalit dengan beberapa kontr0versi baru-baru ini,penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34 ,mengakui telah mendapat rawatan dari pakar psikiatri sejak berusia 18 tahun.

“Sejak usia 18 tahun hingga sekarang, saya sudah jumpa pakar psikiatri untuk dua mas4lah.”

“Pertama sekali, saya memang ada mas-alah anxiety (kemurungan). Saya tak boleh duduk diam. Saya kena sentiasa bekerja.

“Apabila saya berhenti bekerja, tangan akan menggigil dan diserag panik,” dedahnya dalam satu perkongsian video dalam Instagram.

Pelantun lagu Dem Girls itu turut memaklumkan bahawa dirinya mempunyai masalah insomnia (susah tidur malam) yang sangat teruk.

“Saya ada mas4lah insomnia yang sangat teruk. Saya memang tak boleh tidur (waktu malam). Kalau itu berlaku, saya memang akan makan ubat tidur,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dirinya menghidapi mas4lah mental, Histrionic personality disorder (HPD), Caprice berkata, dia akan bertemu pakar terapi untuk melakukan diagnosis berhubung perkara tersebut.

“Segelintir orang percaya yang saya ada HPD, minggu ini juga saya akan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan diagnosis lebih mendalam,” katanya.

Sungguhpun begitu, Caprice menegaskan, sekiranya dia tidak memiliki mas4lah mental tersebut, individu yang merupakan pengamal perubatan membangkitkan isu HPD dalam TikTok perlu belanja setiap seorang netizen panadol dalam ruangan komen video dimuat naiknya.

“Kalau pakar psikiatri keluar surat yang saya tiada HPD, anda (pegawai perubatan) ada 24 jam untuk beri semua orang dalam ruangan k0men dalam TikTok panadol (paracetamol) percuma,” katanya.

 

Terdahulu, seorang lelaki dengan aksen bahasa Indonesia yang did4kwa sebagai seorang pengamal perub-atan mengeluarkan teori sendiri dan percaya bahawa pempengaruh popular itu mempunyai mas4lah HPD. 

 

 

 

 

 

Sumber:K! Online