Hilang ketika Maghrib, wanita ditemui mengilai atas bumbung rumah

Tular sebuah video di media s0sial Indonesia memaparkan kejadian seram seorang wanita dilihat sedang berdiri di atas bumbung rumah sambil mengilai kerana did4kwa dirasuk oleh makhluk halus, menurut laporan laman berita Berita Baru semalam.

Wanita bernama Ismaiyatun Hasanah atau lebih dikenali sebagai Iis itu merupakan penduduk kampung Sukaoneng, Gresik, dalam wilayah Jawa Timur.

Berdasarkan video tersebut, Iis secara tiba-tiba berdiri di atas bumbung rumah sambil ketawa mengilai.

Wanita tersebut sebelum itu dilaporkan hilang dari rumahnya sejak Sabtu lepas ketika azan maghrib berkumandang.

“Wanita ini memanjat pokok mangga sehingga sampai ke bumbung rumah. Dia sebelum ini pernah dirasuk beberapa kali,” kata seorang penduduk setempat, Munawir.

Lokasi Iis ditemui adalah sekitar 200 meter dari rumahnya. Lebih menghairankan, ranting pokok yang dipanjat wanita itu adalah kecil, namun tidak patah ketika dipijak.

Menurut Munawir, Iis sebelum ini pernah hilang kerana dirasuk makhluk halus.

“Dia pernah ditemui di kampung lain sebelum dibawa pulang oleh keluarganya. Suaminya juga cem.as ketika dia hilang ketika waktu maghrib dalam kejadian kali ini,” katanya.

Lis akhirnya berjaya dibawa turun dari bumbung rumah oleh seorang ketua penduduk.

Sumber:Kosmo