Baru berusia 4 tahun, si cilik ini tak kekok urus makan, berak kencing kakak istimewa

Biarpun baru ‘setahun jagung’, namun dia bukan sekadar sanggup melutut memakaikan kasut, malah si cilik ini juga memimpin tangan kakaknya masuk ke perkarangan sekolah.

Dapat dilihat kasih sayang si adik yang terserlah saat menguruskan kakaknya, sehingga dihujani pujian netizen menerusi perkongsian video berdurasi 26 saat di laman s0sial.

Menurut ibu kepada dua beradik itu, Siti Fauziah Masnan berkata, video tersebut merupakan sebahagian daripada kehidupan dilalui oleh anaknya yang berusia empat tahun bersama dengan anak istimewanya berumur enam tahun.

Wanita tabah ini memberitahu, seorang daripada lima anaknya adalah anak istimewa yang menghidap sindrom Williams yang menyebabkan gngguan perkembangan.

“Anak ketiga saya berusia enam tahun ni istimewa sejak lahir. Dia ada m4salah lewat perkembangan atau Global Development Delay (GDD).

“Tapi syukur seorang lagi anak saya yang keempat berusia empat tahun banyak membantu menguruskan kakaknya,” katanya ketika dihubungi.

Siti Fauziah berkata, anak keempatnya itu banyak mempelajari cara berdikari daripada abang dan kakaknya, termasuk menjaga kakak istimewa.

“Seperti anak keempat ni, dia juga rajin pakaikan lampin, malah dia tolong cucikan kalau kakaknya berak atau kencing. Dia tak geli, malah dia siap mandikan kakaknya.

“Kadang-kadang, waktu makan pun dia rajin suapkan kakaknya. Lebih-lebih si kakak suka makan udang dan dia rajin tolong kopekkan kulit untuk senang makan,” ujarnya yang mempunyai tiga lagi anak berusia 11 dan lapan tahun serta sembilan bulan.

Menetap di Selayang, Selangor, Siti Fauziah bersyukur kerana hubungan rapat kedua-dua beradik banyak membantu dari segi perkembangan positif anak istimewanya.

“Mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama, lebih-lebih lagi si adik suka bercakap. Si adik ni walaupun dia nampak ganas dan lasak, tapi dia caring.

“Jika dulu si kakak lebih banyak diam dan termenung, tapi sekarang Alhamdulillah ada perkembangan yang baik dari segi percakapan dan pergaulan.

“Saya pernah pesan pada si adik, nanti masuk sekolah sama dengan kakak. Senang ada yang boleh tengokkan, dan si adik kata okay,” katanya sambil menambah anak istimewanya itu mengikuti pendidikan khas di sebuah sekolah, manakala adiknya di tadika.

Menurut penerbit drama ini, dia dan suami sentiasa membimbing dan mendidik anak-anaknya supaya lebih berdikari sejak mereka masih kecil.

“Saya dan suami perlu melakukan sesuatu, jika terjadi apa-apa pada kami… kami mahu mereka berdikari dan tidak menyusahkan orang lain.

“Kami juga harapkan anak-anak dapat menjaga kakak dan adik istimewa mereka. Saya selalu terapkan pada mereka, jagalah kakak atau adik istimewa kamu dengan baik, insyaAllah dapat pahala, boleh masuk syurga,” katanya lagi mengakhiri perbualan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mst4r