5 fakta menarik Hana Ismail, bakal surihati Da’i Syed

Selepas dihimpit beberapa kisah k0ntroversi, tarikh 27 Oktober 2022 membuka lembaran baru buat penceramah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed apabila selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis ringkas.

Menerusi hantaran di akaun Instagram pelakon Datin Sri Umie Aida, Syed, 27 dilihat bergambar bersama pengacara program televisyen di saluran Tv Alhijrah, Nurulhana Ismail sambil diiringi ibu kedua-dua belah pihak di sebuah kediaman.

Catat Umie, “Allah permudahkan urusan kalian berdua dalam rahmatNya dan RedhoNya Allah SWT. Amin.”

Hantaran itu turut menerima respon gembira daripada qariah remaja, Farhatul Fairuzah.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan oleh Umie beberapa minit selepas itu.

Dalam satu temubual , Da’i Syed bagaimanapun, enggan mengulas panjang mengenai ‘majlis pertunangan’ tersebut, sebaliknya memohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat mereka.

Ulas beliau,“Kalau itu dianggap sebagai majlis pertunangan, doakan yang terbaik. Tetapi, boleh dikatakan ia majlis pertemuan dan perkenalan antara dua keluarga.

“Kalau semua sudah dipersetujui, bermakna insya-Allah, kami akan ke arah yang lebih baik. Kami akan beritahu semua. Buat masa sekarang, saya tidak boleh cakap apa-apa lagi.

“Sekiranya semua perancangan berjalan lancar, kami akan beritahu. Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Sebelum ini, Da’i Syed pernah meg4kui bercinta dengan seorang pelakon wanita tidak berhijab namun memilih untuk tidak mended4hkan identiti kekasihnya itu. 

Berikut merupakan  sedikit informasi  mengenai Hana, wanita istimewa di hati Da’i Syed:

1.Bakat Hana sebagai pengacara mula diasah menerusi program On Air kendalian Astro Malaysia pada tahun 2012.

2. Berusia 32 tahun, Hana berkelulusan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM)

3. Merupakan pengacara seangkatan dengan Dahlia Shazwan dan Hefny Saad.

4.Sebelum menyertai TV Al-Hijrah, Hana pernah mengendalikan beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! Astro.

5. Di stesen Alhijrah, Hana muncul menerusi program Assalamualaikum TV Alhijrah yang keudara dari jam 7.00 pagi pada setiap hari serta program Kemanisan Iman Bersama Al-Quran pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam.

Semoga pertalian ini kekal dan dipermudahkan hingga ke langkah seterusnya .

Apapun, tahniah Da’i Syed dan Hana! 

 

 

Sumber:Rem4ja