Lana rujuk pakar agama sebelum buat pembed4han hidung, tak takut kec4man

Pelakon sensasi, Lana Nodin enggan melayan pr0vokasi berhubung ti.ndakannya melakukan pembedahan pada bahagian hidung di sebuah pusat perub4tan terkemuka di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin berkata, dia tidak terkesan dengan kec4man netizen yang menyelar perbuatannya kerana sudah mendapat keizinan suami.

Tegas isteri kepada David Mckenzie ini , dia bukannya mengubah ciptaan Allah, sebaliknya ia untuk merawat hidungnya yang bermas4lah kesan kemal4ngan yang dialaminya 25 tahun dahulu ketika berusia 17 tahun.

“Kenapa saya nak takut kec4man netizen. Saya bukannya mengubah ciptaan Allah, sebaliknya saya merawat hidung akibat kesan kemalangan yang dialami ketika berusia 17 tahun.

“Saya bukannya artis hip0krit. Saya tahu ada ramai artis membuat pembe.dahan wajah, tetapi cuba ber4hsia.

“Apabila saya mended4hkan perkara ini dalam laman Instagram (IG), saya menerima banyak mesej peribadi termasuk selebriti yang berminat mengetahui kos dan lokasi pembed4han dilakukan.

“Keputusan membuat pembed4han hidung di Korea Selatan didorong suami yang tidak suka melihat saya dikecam berikutan kec4catan dialami pada bahagian hidung,” katanya lagi.

Lana juga telah terlebih dahulu merujuk kepada pakar agama berhubung isu pembed.ahan hidung itu.

“Mereka nyatakan apa yang dilakukan tidak salah kerana saya mahu mendapatkan rawatan, bukannya mengubah ciptaan Tuhan,” katanya.

Mengulas kos pembedahan jenis ‘rhinoplasty’ yang menelan belanja sebanyak RM186,000 itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pend0sa itu berkata, ia disebabkan perkhidmatan terbaik ditawarkan h0spital berkenaan.

“Sejujurnya, saya takut dengan jarum. Masa suami cadangkan saya buat pembed4han, timbul perasaan berbelah-bahagi.

“Namun, suami meyakinkan saya bahawa pusat perubatan dicadangkan itu adalah yang terbaik, jadi saya mengikut sahaja. Pembedahan berjalan lancar dan mengambil masa selama lapan jam.

“Sebaik sedar, hidung sudah berbalut. Saya sangkakan kesan kes4kitan akan berlarutan, tetapi rupanya tidak.

“Memang tiada sebarang komplikasi berlaku, wajah pun tidak bengkak. Sesuailah dengan nilai kos dikeluarkan.

“Saya akan berada di Seoul dalam tempoh dua minggu lagi. Suami mahu saya berehat,” ujar ibu kepada sepasang cahaya mata ini.

Terdahulu, Lana memaklumkan ini merupakan pembe.dahan kali keempat yang dilakukannya menggunakan tulang rusuk berbanding silikon atau plastik kerana sering terkena jagkitan.

 

Sumber: BH