Tidak pernah jalin hubungan dengan wanita lebih berusia, Amir Masdi jaga batas hubungan dengan Shila Amzah

Hanya kerana sering dilihat bermain badminton bersama, penyanyi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, Amir Masdi, 26, dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi yang menempa nama di negara Tembok Besar China, Shila Amzah, 32.

Agak terkejut dengan g0sip tersebar, juara program realiti, Akademi Fantasia pada 2016 itu bagaimanapun men4fikan hubungannya dengan Shila melebihi seorang rakan.

Amir berkata, dia dan Shila tidak pernah berdua-duaan, sebaliknya aktiviti bersukan turut disertai rakan lain termasuk pengacara program Melodi, Haziq Hussni.

Ujar penyanyi berbakat ini, hatinya belum terbuka untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa kerana fokus utamanya terhadap kerjaya muzik.

“Kami sudah berkawan sejak menyertai program Masked Singer dan bertemu semula dalam majlis sambutan Aidilfitri. Selepas itu, saya dan Shila menyertai kumpulan badminton sama. Shila baru menyertai kami tahun ini, sedangkan saya bersama Haziq sudah menubuhkannya sejak tahun lalu.

“Kami juga hanya berhubung atas urusan kerja seperti menerima undangan persembahan di lokasi sama. Kami tiada hubungan istimewa, apatah lagi membabitkan soal perasaan. Jujurnya, saya lebih selesa hidup solo agar boleh fokus kepada kerjaya,” katanya lagi.

Tidak pasti bagaimana timbulnya g0sip percintaan mereka,Amir berkata, dia tidak berhasrat menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa buat masa ini.

Malah, katanya, dia lebih selesa meletakkan ‘sempadan’ apabila berkawan dengan wanita kerana bimbang memberi harapan.

“Sejujurnya, ini kali pertama kali saya dikaitkan dengan artis wanita. Saya berkawan dengan semua orang, tetapi belum berhasrat mengenali seseorang dengan lebih rapat.

“Saya selesa meletakkan sempadan apabila berkawan. Ini kerana saya tidak mahu ada yang menaruh harapan, sama ada saya atau wanita itu,” katanya,

Sebelum ini, video nyanyian duet Amir dan Shila menerusi lagu Baldu Biru dikongsi dalam TikTok mendapat pujian ramai, malah ada mend4kwa Amir memandang Shila dengan penuh perasaan.

Dijolok ciri-ciri wanita pilihan, Amir berkata, dia selesa menjalinkan hubungan dengan wanita lebih muda, malah tidak pernah membayangkan wanita berusia atau berstatus janda.

“Jika ditanya perawan atau janda, saya tidak pernah membayangkan menjalin hubungan dengan wanita berusia.

Sebelum ini, bekas kekasih lebih muda daripada saya,” katanya dengan jujur.

Mengulas soal kerjaya, Amir berkata, dia kini sedang sibuk menghasilkan lagu, selain mengumpul karya untuk dimuatkan dalam album pada masa akan datang.

Selain menyiapkan lagu solo, Amir mempunyai perancangan menghasilkan lagu duet bersama beberapa penyanyi termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella dan Faizal Tahir.

 

 

 

 

 

Sumber: BH