Isteri pohon orang ramai doakan kesembuhan Fad Bocey

Dalam satu posting terkini, isteri kepada pelawak terkenal Fad, Syaheera Rahman meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesihatan suaminya selepas ahli kumpulan Bocey itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Fad yang juga merupakan seorang penyampai radio mengalami kece.deraan pada bahagian kaki kiri selepas kemal.angan membabitkan motosikal ditungganginya, malam semalam.

Menurut Syaheera, Fad yang dikejarkan ke sebuah pusat peru.batan di Shah Alam, kini masih dalam pemantauan tetapi stabil.

“Minta maaf kepada yang menghubungi saya, bateri telefon baru bernyawa. Buat masa ini Fad diraw.at di Unit Dependensi Tinggi (HDU) sebab ada hentakan pada kepala.

“Itu bagi memastikan keadaannya bagus sebab ketika di tempat kejadian dia mengalami muntah. Alhamdulillah, dia kuat,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi insiden tersebut menerusi InstaStory yang turut disertakan gambar luka di kaki Fad atau nama lengkapnya Muhammad Fadzlie Mohd. Nizam, 31.

Kongsi Syaheera menceritakan detik cemas yang berlaku, Fad terbabas ke lorong kecem.asan selepas nyaris terlaggar kon yang tidak dialihkan di tepi jalan.

“Fad maklumkan kejadian berlaku satu kilometer ke susur keluar Setia Alam antara pukul 7.15 hingga 7.30 malam.

“Keadaan gelap jadi Fad tak perasan ada kon yang tidak dialihkan. Penunggang di hadapan dapat elak, tetapi Fad tak sempat dan terus terbabas sebaik terlaggar kon tersebut.

“Mungkin Fad fikir kalau terlebih elak dia beris1ko tercampak ke tengah jalan. Kenderaan banyak lalu lalang waktu itu. Syukur dia jatuh di lorong kecem4san,” jelasnya.

Sementara itu, rakan baik Fad iaitu pelawak Achey turut memuat naik satu perkongsian video yang memaparkan dia sedang berbaring di atas katil h0spital.

 

“Moga cepat baik sahabat,” tulis rakan seperjuangannya itu dalam ruangan kapsyen.

Sementara itu pada masa sama, Syaheera turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di tempat kejadian serta kenalan yang membantu menguruskan Fad hingga ke h0spital.

 

 

 

 

Sumber:K! Online