Pengunjung ‘terperangkap’ dalam Disneyland Shanghai kerana C0vid-19

Kerajaan China mengarahkan penutupan serta merta Shanghai Disney Resort memerangkap pengunjung yang hadir dan hanya membenarkan mereka yang tidak dijagkiti Covid-19 keluar dari kawasan itu.

China ialah ekonomi utama yang terikat dengan dasar sifar C0vid, dengan pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung segera, uj1an besar-besaran dan kuarantin yang panjang dalam usaha untuk menghapuskan w4bak tersebut.

Tetapi varian baharu telah mengu.ji kebolehan pegawai tempatan untuk menye.kat penyebarannya menyebabkan kebanyakan negara hidup di bawah sekatan yang sentiasa berubah.

 

“Pengunjung yang berada di Shanghai Disney Resort tidak dibenarkan keluar sehingga ujian yang dibuat di menunjukkan keputusan negatif”, kata kerajaan bandar menerusi notis dalam talian.

Menurut kenyataan itu, mereka yang telah melawat taman itu sejak Khamis lalu mesti mendapatkan tiga uj1an negatif Covid-19 selama tiga hari berturut-turut dan mengel.ak daripada menyertai aktiviti berkumpulan.

Pengumuman itu dibuat selepas wakil Shanghai Disney Resort memaklumkan pusat itu ditutup buat sementara waktu berkuat kuasa serta-merta berdasarkan keperluan kawalan peynakit.

 

 

 

Sumber:UM