Rahmad Mega menyanyi di majlis konvokesyen anak, tapi lain yang netizen perasan

Penyanyi rock terkenal 90-an, Rahmad Tohak atau nama komersialnya Rahmad Mega membuat keju.tan untuk anaknya, Suhazri Amrin pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke-17 di Kompleks Sukan UMP, di sini baru-baru ini.

Selain muncul di pentas, Rahmad turut menyanyikan lagu popular kumpulan Mega, Takdir dan Waktu sambil ditemani Suhazri, 25, sekali gus menarik perhatian ibu bapa yang hadir pada sesi pertama konvokesyen itu.

Suhazri Amrin merupakan penerima ijazah sarjana sains (Master in Science) yang disampaikan oleh Pro Canselor UMP, Tan Sri Dr Abi Musa Asaari Mohamed Nor.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Rahmad berkata, ibu bapa seharusnya memberikan sokongan atas minat anak masing-masing.

“Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak. Kalau boleh jangan sekat minat mereka,” katanya lagi.

Berkongsi momen bermakna itu di laman Instagramnya,para peminat tutur mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut dan mendoakan agar anaknya itu terus berjaya dalam mengecapi kejayaan yang diimpikan.

Malah ada juga yang sempat mengusik menyamakan mereka saling tak tumpah seperti adik beradik! Hmm..betul jugalah. Memang tak nampak macam bapa dengan anak. Apapun , tahniah Rahmad,tahniah Suhazri!

 

 

 

 

Sumber:HM