Ambil berkat hari Jumaat, Najwa Latif pilih rapper sebagai suami

Penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Arifin pada awal pagi tadi.

Memilih tarikh hari ini, 11/11/2022 sebagai hari istimewa, Najwa Latif menerusi hantaran di Instagram dilihat berk0ngsi foto dia dan suami mengenakan persalinan serba putih di atas pelamin.

Difahamkan pasangan ini bernikah di sebuah majlis tertutup di kediaman keluarga Najwa di Batu Pahat, Johor.

“Alhamdulillah, kami dah grad 🤍”-Kapsyen Najwa di Instagram

Di ruangan k0men, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Hanie Soraya, Dayah Bakar dan ramai lagi meluahkan rasa teruja di atas kejutan pasangan ini yang ‘diam-diam’ telah mendirikan rumah tangga, malah ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah di atas perkahwinan mereka.

“Wooo congrats Najwa and Akwa!”-Hanie Soraya

“Tahniah Dik 👏👏👍🏼😄.”-Adi Fashla

“Weh terkejut!!! MashaaAllah tahniah wawa sayang! Semoga sentiasa bahagia di samping suami yang tersayang & menjadi isteri yang solehah. Aamiin. Mwahh! 😘.”-Ainan Tasneem

“Alhamdulillah tahniahhhhhhhh u two !!!😍.”-Dayah Bakar

“Know know kawen, awhh kiutt 😍.”

“Mula2 ingat prank tau😂, btw congratsss.”

“Ingatkan main-main, rupa-rupanya betul bercinta” ujar beberapa netizen.

Hubungan pasangan ini mula dihidu peminat pada Ogos lalu apabila Najwa mended.ahkan sedang mengenali hati budi seseorang dalam akaun Tiktok miliknya.

“Saya sedang mengenal hati budi seseorang dan benda itu sudah cukup jelas (sudah berpunya). “Saya tak mahu cakap lebih-lebih sebab masih belum berkahwin dan tidak manis sangat,” katanya.

Manakala, video TikTok Akwa yang memaparkan foto Najwa dan tertulis kapsyen seperti tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Najwa dan Akwa popular dengan lagu duet berjudul Tak Kisah Pun dan Dua.

Pihak DTK mengucapkan selamat pengantin baru buat Najwa Latif dan Akwa Arifin. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: IG Najwa Latif