Pan-Gon jadi tetamu istimewa pernikahan Safawi Rasid

Walaupun tanpa kehadiran rakan-rakan sepasukan,barisan kejurulatihan Harimau Malaya hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid dengan pempengaruh dan usahawan, Syifa Melvin, malam ini.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan pembantunya tiba pada 8 malam sebelum disambut oleh ahli keluarga Syifa di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Difahamkan para pemain JDT tidak dapat hadir kerana mereka sedang mengharungi perla.wanan persahabatan menentang kelab Jerman, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.

Dianggarkan 300 tetamu hadir pada majlis perkahwinan sebelah perempuan itu dengan mereka berpakaian putih mengikut tema yang ditetapkan.

Seorang ahli keluarga pengantin lelaki yang ditemui memberitahu, sememangnya majlis pada malam ini tidak mahu dihebohkan atas permintaan kedua-dua pasangan itu.

“Memang malam ini hanya menjemput tetamu tertentu saja. Mungkin sebelah lelaki nanti akan dihebahkan dan menjemput tetamu lebih ramai,” katanya.

Terdahulu, pada aksi final Piala Malaysia Sabtu lalu, tonggak JDT itu ‘hilang’ daripada senarai pemain pasukan dipercayai sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya.

Malah, kehilangan pemain dari Dungun, Terengganu itu menjadi persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air sehingga ada yang menda.kwa Safawi sudah menerima tawaran daripada kelab lain.

Selain itu, Safawi mengeluarkan kenyataan di Tiktok miliknya menyatakan jika ada rezeki dan jodoh, dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat ini.

“Ada rezeki, jodoh, saya akan kahwin. Anda jangan risau, nantikan sahaja,” katanya.

Khabar angin mengenai pernikahan bintang bolasepak itu mula tersebar sejak beberapa hari lalu namun pasangan ini tidak memberi sebarang k0men mengenainya.

Sumber:HM