Patut sudah bergelar Haji, Zizan redha belum ada rezeki

Apabila sampai seruan untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci sama ada bagi mengerjakan umrah atau haji, tunaikanlah tuntutan itu kerana Insya Allah dengan izin-Nya, semua urusan serta perancangan berjalan lancar.

Allah SWT menjadikan tempat itu penuh keistimewaan dan keajaibannya tersendiri. Dia mengukuhkan cinta dalam hati manusia hingga mereka yang sudah menjejakkan kaki di Haramain tidak dapat berp1sah dengan tempat itu melainkan dengan perasaan teramat sedih.

Berbicara soal rukun Islam ke 5 ini, pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak berkongsi jika tidak kerana penularan C0vid-19 sepatutnya dia sudah bergelar haji ketika ini.

Namun, disebabkan itu, Zizan yang sepatutnya menunaikan haji pada 2020 tidak dapat berbuat demikian.

Bagaimanapun, pelakon filem Polis Evo 3 itu redha dengan apa yang berlaku.

“Insya-Allah memang ada perancangan untuk ke sana. Sebenarnya kalau ikut kata-kata Rasulullah SAW, apabila dua kali pergi umrah, kali ketiganya kena pergi haji.

“Saya dah selesai buat dua umrah. Tinggal nak pergi haji saja tapi belum berkesempatan. Insya-Allah tahun depan saya dapat pergi. Kita sama-sama doakan.

“Sebenarnya itu jadi panduan buat saya sebab bila saya sampai sana sebelum ini, saya tengok orang bersungguh-sungguh buat ibadah termasuk ada yang berkerusi roda”, katanya.

Baginya, orang yang masih muda dan tenaga masih kuat boleh menunaikan haji secepat mungkin tanpa perlu menunggu usia tua.

“Masa tengah kuat, tengah ada duit, tengah boleh cari duit, tolonglah pergi sana. Tolong pergi kerana kita tengah muda ini yang buat kita lagi bersemangat.

“Tengah muda ini kita sampai sana buat kali pertama, doa Allah makbulkan. Doa saja apa yang kita nak,” katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Aidiladha, Zizan berkata, bapanya, Abdul Razak kini berada di Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima ini buat kali pertama.

“Saya akan sambut Aidiladha dengan emak di Kuala Lumpur. Sambutannya mungkin ala kadar dan sederhana saja,” katanya.

Sumber:Murai