Kulit tapak kaki k0yak, Zul Ariffin puas

Pertama kali menunaikan rukun Islam kelima, pelakon yang kini h4ngat dengan watak Tengku Emir dalam drama p0pular Perempuan Itu, teruja selepas beberapa hari melalui rukun ibadah haji ketika ini.

Dalam kemaskini status Twitter terbarunya, aktor berbadan sasa itu berkongsi pengalaman yang mencabar fizikalnya bagaimanapun berasa puas kerana melaluinya demi menunaikan tuntutan rukun Islam kelima yang menjadi impian umat Islam.

“Kulit satu badan terbakar dan kulit tapak kaki koyak. Puas!

“Alhamdulillah! Salam Aidiladha dari Mekah semua,” tulis Zul dalam ciapan Twitter semalam.

Menerusi perkongsian Instagram, dia juga menjalani proses bercukur iaitu dengan membotakkan kepalanya.

Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada 10 Jun lalu.

Selain Zul, selebriti lain yang turut sama menunaikan haji ialah Faizal Tahir, Alif Satar dan Datuk Aaron Aziz.

Sumbe:K0smo!