Diser4ng penyakit misteri, Yantzen pilih berubat cara tradisional

Ditemui pada sidang media konsert Semangat Zaman Ulang Tahun Ke-20 di Permai Golf & Country Resort baru-baru ini,rockers popular era 90an, Yantzen
atau nama penuhnya Yantzen Juniawan, 65, berkongsi keadaan kesihatannya kurang baik kerana masih dih4ntui peyakit misteri sejak setahun yang lalu.

Ulas penyanyi yang popular dengan lagu Insan ini,
“Saya sendiri tidak tahu apa mas4lahnya dan apa yang terbaik untuk saya. Saya bergantung kepada ubat-ubatan tradisional serta bertafakur.

“Selain itu, saya berserah kepada Allah agar beri yang terbaik. Orang nak kata apa pun katalah. Sebab keadaan saya dah begitu. Saya minta kepada Allah agar saya kuat berdepan apa juga dugaan,”.

Yantzen menberitahu, seragan peny4kit misteri ini berlaku hanya pada sebelah malam yang mengak1batkan kes4kitan di bahagian kaki, sekali gus menyukarkan dirinya untuk tidur.


Bersama anak tunggalnya, Muhammad Aliff Ronan

Sungguhpun begitu, dia tetap memandang sudut positif dengan menganggapnya sebagai uj1an daripada Yang Maha Esa.

“Sekarang ini masih lagi ada rasa kebas. Sakit ini susah nak cakap sebenarnya sebab kalau mahu kata gout pun bukan,” katanya lagi.

Penyanyi kumpulan Rusty Blade ini berkata, dia memotivasikan diri dengan menganggap ini adalah ujian daripada Allah dan berikhtiar mendapatkan ubat atau rawatan secara tradsional.

“Memandangkan usia saya sudah menginjak 60-an, saya amat bersyukur masih lagi diberikan tenaga walaupun saya ada sakit sebenarnya. Bagaimanapun, sakit saya ini boleh dikatakan semakin pulih,” katanya.

Disebabkan itu Yantzen memilih untuk meluaskan pergaulan dengan orang ramai supaya tidak cenderung untuk berfikir secara berlebihan mengenai s4kit yang dialaminya itu.

“Kadang-kadang kita sebagai manusia boleh berimaginasi terlalu berlebihan, jadi saya terpaksa bercampur dengan orang ramai atau menyertai mana-mana acara.

“Apabila saya buat semua itu, kehidupan saya tidak menjadi huru-hara. Saya hanya minta kepada Allah supaya sentiasa berikan yang terbaik,” katanya.

Pada masa sama, peserta program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu menegaskan, dia tidak mahu ambil pusing dengan tanggapan kurang baik daripada orang ramai mengenai penyakitnya itu.

“Sekarang ini saya masih lagi dalam proses perubatan untuk diri sendiri. Walaupun ada ramai yang melemparkan kata-kata tidak enak apabila melihat keadaan saya ketika ini.

“Tapi, tidak dinafikan masih ada yang sentiasa bersama. Pada saya, itulah sifat manusia dan kita semua perlu terima,” katanya.

Yantzen bakal menjayakan konsert sempena ulang tahun ke-20 album Semangat Zaman yang diterbitkan pada 2004 di Zepp Kuala Lumpur pada 29 September depan.

“Saya hanya berserah kepada Allah mengenai keupayaan untuk menjayakan konsert berkenaan. Bagaimanapun, saya tetap akan cuba untuk berikan yang terbaik.

“Saya juga bersyukur apabila beberapa minggu lagi saya akan menjayakan persembahan lain pula.

“Jadi, rezeki saya untuk terus bertapak dalam industri muzik ini masih ada. Mudah-mudahan tahun ini memberi makna yang besar bagi saya,” katanya.

Sumber:BH online