Siapa Bell Ngasri sebelum ‘Barkoba’

Tidak din4fikan fenomena ‘Barkoba’ yang menjadi pencetus kempen melobi Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya, menyaksikan aktor serba boleh itu diumum mengungguli trofi utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, malam tadi.

Bell yang terdahulu meraih trofi Artis Komedi Popular turut mengetepikan calon lain yang sebelum ini disebut-sebut bakal membawa trofi dambaan artis seperti Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri mengaku watak Barkoba iaitu lelaki yang malas berpuasa dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa Di Kampung Pisang adalah antara faktor dirinya menjadi sebutan peminat.

Memulakan kerjaya seni sejak berusia enam tahun,abangnya, Naszeli Ngasri dan dua adiknya, Darling serta Anne turut aktif sebagai pelakon.

 

Tahukah anda,pelakon ini sebenarnya boleh membawakan pelbagai watak dalam lakonannya selain dari watak komedi?

Antara salah satu lakonan Bell yang paling mendatangkan kesan sehingga kini adalah melalui satu drama berjudul Pae yang ditayangkan di TV3 sekitar tahun 1998 bersama Shaheizy Sam.

Bell membawakan watak budak nakal yang sangat bencikan Shaheizy Sam gara-gara Sam rapat dengan seorang guru lelaki di sekolah berkenaan.

Hasilnya, pada Anugerah Skrin 1997/1998, Bell berjaya merangkul anugerah Pelakon Drama Pembantu Lelaki Terbaik melalui drama tersebut.

Filem pertama lakonan Bell pula adalah menerusi filem Cinta Kita pada tahun 1995.

Pada tahun 2007, Bell mempertaruhkan bakat apabila ada syarikat produksi mula memberi kepercayaan kepadanya menjayakan watak komedi.

Selain itu, antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Kampung Latah The Mummy, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Bulan dan Pria Terhebat, Hero: Jangan Bikin Panas, Tanda Putera, 1957: Hati Malaya, Puteri Impian dan banyak lagi.

 

 

 

 

 

Sumber:BH