Di sebalik ramai berharap Bell Ngasri, atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri bakal menggondol anugerah Bintang Paling Popular ABPBH35, rupa-rupanya pelawak dan pelakon itu terlebih dahulu mendapat anugerah khas daripada stesen radio nombor 1 satu Malaysia, ERA.
Anugerah tersebut didedikasi khas buat Bell selepas berpuluh tahun dalam industri seni, daripada seusia kanak-kanak sehingga sekarang.
Pada awalnya Bell menyangkakan dia dijemput ERA untuk menghiburkan penonton, tetapi rupa-rupanya bagi mendapat pengiktirafan istimewa.
“Saya dengan ERA ini, lebih kepada urusan kerja, untuk rakam suara latar iklan di radio.
“Tetapi hadiah wang tunai RM1,000 yang diterima saya bagi anugerah ini, lebih tinggi daripada bayaran rakaman suara latar tersebut.
“Apa-apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan ERA dan rakan-rakan penyampai radio yang sudi beri pengiktirafan ini.
“Saya amat bersyukur dan tidak mampu membalas jasa mereka yang sentiasa menyokong saya tidak henti-henti sepanjang saya bergelar anak seni,” kata Bell di Malam Healing ERA di Kolej Polytech Mara Bangi, malam Khamis.
Antara artis yang membuat persembahan termasuk Nabila Razali, Amir Masdi, Sarah Suhairi, Fieya Julia, Amir Jauhari dan Saixse.
Persembahan nyanyian tersebut boleh ditonton semula menerusi platform Youtube Rasmi eradotjer.
Malam Healing ERA dihadiri lebih 500 pelajar KPTM.
Sumber: SHarian