Diuji dengan sihir pemisah, Aidit dedah hubungan terkini dengan isteri

Selepas pasangan popular Aliff Aziz dan Bella Astillah diuji dengan sihir pemis4h, pelakon kacak yang sedang meniti puncak populariti , Aidit Noh mendedahkan  dia dan isterinya, Nur Atiqah Hanani turut berdepan g4ngguan sihir itu dalam rumah tangga mereka pada tahun lalu.

Bagaimanapun ulas Aidit, 30, dia sangat bersyukur apabila dia dan isteri sudah pulih daripada gangguan mistik itu yang disifatkan banyak mengajar mereka lebih sabar dan bersemangat kuat demi mempertahankan rumah tangga dibina.

“Alhamdulillah, mengenai gagguan sihir (pemisah) yang dialami itu, kami bersyukur kepada Allah kerana sudah memberikan kesembuhan. Kini, kami lebih berhati-hati dan bermuhasabah diri selalu.

“Paling penting, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah kerana semua ujian yang datang dalam kehidupan kita berlaku diatas izin Allah juga. Saya melihat apa yang dilalui dengan isteri itu sebagai kasih sayang Allah agar kami sentiasa ingat beramal kepada-Nya,” katanya.

Aidit mendirikan rumah tangga dengan Nur Atiqah Hanani pada 29 Mei 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Qadeeja kini berusia lapan bulan.

Ditanya lebih lanjut sama ada dia tahu atau mengenali pihak yang menghantar sihir itu, Aidit berkata, mereka tidak mahu mengetahuinya dan cukuplah berubat selama ini untuk sih4t semula. Ujarnya, lebih baik tidak tahu siapa pelaku terbabit.

“Saya dan isteri memang sepakat tidak mahu tahu siapa pelaku itu (penghantar sihir). Bagi kami, berubat sebab nak kesih4tan kembali pulih saja, termasuk hubungan dalam rumah tangga baik semula. Itu paling utama.

“Kami juga bimbang kalau ada rasa kurang selesa dan berdendam apabila tahu pelakunya. Kita ini manusia biasa dan tidak sempurna. Jadi, kami juga tidak mahu mengaitkan sesiapa kerana takut berlaku f1tnah pula. Justeru, dah baik sekarang pun Alhamdulillah sangat,” katanya.

Menurut Aidit, dia dan isteri terkena gagguan sihir itu ketika terbabit penggambaran drama bersiri D0sa Seorang Isteri yang melonjakkan namanya dalam karier lakonan, diikuti drama Isteri Halal selepas itu.

 

 

 

Sumber:Metr0