“Selepas pemergiannya barulah saya terfikir kebenaran”- Salamiah Hassan

Berkongsi penghijrahannya yang kini tampil berhijab, ibu kepada penyanyi Atilia ini tanpa berselindung mengakui, keputusannya juga didorong atas permintaan arwah suami.

“Masa itu, arwah melihat saya mewarnakan rambut untuk menutup uban di kepala. Ketika itulah, arwah menyarankan saya supaya mengenakan hijab.

“Alasan diberi, ia ibarat serampang dua mata kerana selain tidak perlu kerap mewarna rambut ia dapat menutup aurat.

“Pada mulanya, saya agak skeptikal dan buat endah kata-katanya, namun selepas pemergiannya barulah saya terfikir kebenaran.

“Dengan pesanan ditinggalkan, ditambah perasaan sudah bersedia untuk berhijab, jadi saya lakukannya tanpa perlu ada rasa ragu-ragu,” katanya.

Tambah Salamiah, dia tidak pernah kesal melakukan penghijrahan, walaupun ia memang keputusan ikhlas dari hati, apatah lagi, sudah berusia 72 tahun.

“Tiada guna berubah awal, namun akhirnya gagal untuk istiqamah hanya kerana belum bersedia sepenuhnya,” ungkapnya.

Dalam satu temubual berasingan,Salamiah enggan penghijrahannya itu menjadi isu besar,kerana dia memilih untuk bertudung kerana pilihan hatinya sendiri selain sudah sampai waktu.

 

“Tiada apa yang perlu saya k0men. Saya memang nak pakai (tudung). Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar.

“Rasanya anda pun mengenali saya seorang yang menjaga privasi. Jadi, apa yang boleh saya katakan saya pakai tudung baru-baru ini sebab saya sendiri nak memakainya, bukan pasal apapun.

Salamiah mendirikan rumah tangga dengan
Hughes , duda anak tiga yang berasal dari Liverpool pada 1 September tahun lalu dalam satu majlis sederhana di Burnie, Tasmania selepas 35 tahun menjadi ibu tunggal.

Bagaimanapun pada 4 November tahun yang sama juga, Salamiah dikejutkan dengan pemergian suami tercintanya itu akibat k4nser kolon di Tasmania, Australia.

Mengenai perkembangan terkini, penyanyi lagenda ini baru sahaja menerima anugerah dari The BrandLaureate sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang seni.

 

 

 

Sumber:BH