Komposer terkenal ingin bangkit dari hidup melarat

Ketika era kegemilangannya, beliau cukup dikenali sebagai pencipta lagu untuk penyanyi terkenal tanah air seperti ‘Dia’ yang dinyanyikan Fauziah Latiff; ‘Kau dan Aku’ nyanyian Ning Baizura; ‘Kurniaan Dalam Samaran’, Datuk Siti Nurhaliza; ‘Semalam Ku Tolak Ke Tepi’, Liza Aziz dan banyak lagi.

Malah ketika berusia 12 tahun , beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Redbridge, London dan pernah menjadi pemain piano profesional.

Namun roda hidup berputar. Kini, Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin, 61 hidup ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Jika dulu beliau hidup serba mewah dan disanjung tinggi, kini beliau cuba bangkit daripada hidup merempat.

Di sebuah hotel bajet di Jonker Walk Melaka, Ross meneruskan hidup dengan be­kerja melipat tuala dan cadar, menyapu lantai serta menjaga kaunter tanpa bayaran, sebaliknya dibenarkan menginap di situ secara percuma.

 

“Hidup saya tidak seperti dahulu. Saya hilang segala-gala­nya sejak wab4k Covid-19 kerana industri muzik menyebabkan ramai hidup me­larat.

“Saya tidak terkecuali pernah menjadi gelandangan tidur di kaki lima Pasar Seni, Kuala Lumpur serta mendapat makan di Pertiwi Soup Kitchen setiap hari. Bila saya hidap s4­kit jantung dan dua kali di­serang str0k, kehidupan saya terumbang-ambing.

“Saya ambil keputusan balik ke Melaka cuba cari pekerjaan dan perbaiki kehidupan dalam keadaan kesih4tan sedikit terjejas,” katanya ketika ditemui.

Tambah Ross, dia berhijrah ke Melaka sejak sebulan lalu dan masih berhasrat untuk kembali mencipta lagu seperti zaman kegemilangannya.

Antara kejayaan diraih Ross adalah melalui lagu ‘Semalam Ku Tolak Ke Tepi’ nyanyian Liza Aziz memenangi ABU Golden Kite World Song Festival dan Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Album Pop Terbaik milik penyanyi Aishah.

“Semangat untuk bangkit semula selepas mengingat kembali kejayaan yang pernah diraih iaitu menerusi lagu ‘Ceritera Cinta’ nyanyian Jaclyn Victor menang Vokal Terbaik Juara Lagu (AJL) Ke-22 pada 2008,” katanya.

 

 

 

Sumber:Utusan