Diuji dugaan berumahtangga, Aprena titip pesanan buat Uqasha

“Mulut orang memang kita tak boleh nak tutup. Jika tiada mulut orang (kec4man), kita okay saja sebenarnya,” itu ulasan pelakon, Aprena Manrose, 30, ketika ditanya mengenai kec4man segelintir netizen terhadap pelakon  Uqasha Senrose kerana masih belum memiliki anak selepas dua tahun berkahwin.

Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, dia ada menasihatkan Uqasha supaya sentiasa kuat dalam berdepan perkara itu.

“Saya sudah tujuh tahun berkahwin, Uqasha pula baru dua tahun. Kalau tujuh tahun (tiada anak) pun, saya boleh sabar menahan mulut orang, dia pasti boleh,” katanya lagi.

Aprena yang juga anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan ini juga mengakui soal anak sangat sensitif buat wanita yang sudah lama berkahwin.

 

“Selalu juga saya pesan, dia baru dua tahun kahwin dan perlu banyak bersabar. Kalau Allah nak beri, dia akan bagi dan kalau tidak, maksudnya belum masanya lagi,” katanya.

Bagaimanapun Aprena mengakui dalam pada masa yang sama dia turut sedih kerana belum dianugerahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Menurut Aprena, dia pernah melakukan raw4tan kesuburan in-vitro (IVF) pada tahun lalu tetapi masih belum berhasil untuk hamil.

“Sebenarnya, saya berehat seketika dari bidang lakonan sebelum ini kerana menjalani rawatan IVF.

Namun, saya baru buat rawatan itu sekali kalau nak dibandingkan wanita lain yang sudah berkali-kali melakukannya.

“Mungkin Allah tahu kita belum mampu dari aspek kewangan atau kemampuan untuk menjaga anak. Saya selalu fikir begitu supaya tidak terlalu tertekan,” katanya.

Terdahulu, Uqasha pernah menerima k0men berbaur sin.diran daripada segelintir individu yang mempertikai kerana masih belum dikurniakan anak selepas dua tahun berkahwin dengan pelakon Kamal Adli.

Bukan itu saja, netizen juga turut menyindir dengan memetik nama adik-beradik dan keluarga Uqasha seperti Nelydia Senrose dan juga sepupunya, Aprena yang masih belum menimang cahaya mata.

 

 

Sumber:HM