
Sejak berkahwin dan bergelar ibu, tidak dinafikan anak kepada pelakon jelita veteran, Aznah Hamid ini kian matang dan makin berseri-seri.
Jika dulu Sheera lincah di set penggambaran drama popular “Gerak Khas” ,kini dia lebih selesa menguruskan rumahtangga apatah lagi sejak kehadiran zuriat sulungnya iaitu Puteri Long Harissa.
Memiliki sepasang mata bundar dan hidung mancung, ramai memuji kecomelan anak selebriti ini.
Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra selamat melahirkan cahaya mata perempuan tersebut pada usia 37 tahun pada 22 Mei 2022 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berkongsi aktiviti terkini dan momen indah bersama keluarga di media s0sial, Sheera meluahkan rasa bahagia dan syukur dikurniakan seorang suami yang baik serta anak sebagai penyeri rumah tangga.
Namun ramai yang tidak mengetahui di sebalik kegembiraan yang dikecapinya kini, Sheera memberitahu dia
pernah menjalani pembedahan membuag cyst di ovari.
Hasil pembedahan itu doktor mendapati Sheera turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.
“Doktor kata faktor peyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut.
Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst
tu balik.
Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa raw4tan kesuburan.
Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.
Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil.”
Dalam perkembangan lain, Sheera turut dalam perancangan mengeluarkan produk kecantikan miliknya iaitu ‘Tomasoap’. Bagaimana pun butiran lanjut mengenai produk berkenaan belum dikongsikan kepada umum.
Semoga rumah tangga Sheera dan suami sentiasa berada dalam lindunganNya serta berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
Sumber:N0na