Altimet kini bergelar Yang Berhormat

Komposer dan penyanyi, Altimet berjaya menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Lembah Jaya dalam PRN kali ini, sekali gus menggalas gelaran Yang Berhormat (YB).

Altimet,45 atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan pesaing dari Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffindengan majoriti undian besar berpihak kepadanya.

Penyanyi lagu Amboi itu berjaya meraih sebanyak 26,172 undi menewaskan pencabarnya, Sharifah Haslizah yang memperoleh 19,852 undi, sekali gus Altimet menang dengan majoriti 6,320 undi.

Justeru, Altimet kini berstatus ‘wakil rakyat’ sebaris dengan pelakon juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Melaka, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali Dira Abu Zahar.

Dalam pada itu,pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki, 52,bersyukur kerana doanya termakbul dengan kemenangan Altimet yang menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15.

Afdlin menyifatkan tidak ada kurangnya juga kalau seorang artis memasuki p0litik dan menjadi calon untuk PRN, sekali gus ini dibuktikan Altimet dengan kemenangannya.

“Semangat kentalnya yang menyertai arena politik ketika ini dan sudah menjadi calon bertanding di PRN membuatkan kita menyokong dan memberi semangat untuk dia berjuang,” ujar Afdlin.

Sumber:HM