“Syukur belum sampai ke otak”- Chef Wan

Selepas menjalani rawatan kemo 2 hari lalu,Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau nama komersilnya Chef Wan, 65, bersyukur kerana sel k4nser limfoma dihidapinya tidak menyer4ng bahagian otak.

Menurutnya, dia ada berdepan kes4kitan sewaktu rawatan namun tidak lama.

“Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel k4nser limfoma saya cuba menyerag otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit.

“Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kes4kitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.

“Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel k4nser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu,” katanya.

Chef Wan juga sangat waspada mengambil ubat-ubatan dalam proses kemo dijalani agar tidak memberi kesan kepada organ dalaman.

“Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya,” katanya.

Sebelum ini Chef Wan berkongsi khabar sedih memaklumkan dirinya dis4hkan menghidap k4nser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).

Doktor turut memaklumkan padanya bahawa dia mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.

Sumber:Xtr4