“Kita ajar anak-anak kita inilah cinta”

Seakan terang lagi bersuluh .

Nampaknya khabar angin mengenai pasangan pelakon popular Diana Danielle dan Farid Kamil yang bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu akan bersatu semula sebagai suami isteri bukan lagi teka-teki.

Semuanya terjawab selepas pasangan itu mendedahkan cinta mereka seperti kembali terpatri dalam satu untaian video pendek melalui media s0sial hiburan, Budiey Channel.

Diana memaklumkan tempoh iddah adalah peluang dan waktu yang sesuai untuk dirinya dan Farid membuat keputusan itu.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson,32,berkata, ‘perang’ antaranya dengan Farid sudah berakhir dan bukan menjadi satu perkara pelik untuk mereka bersatu semula dalam tempoh iddah.

Kita dah jadi macam, dah habis perang. Sekarang kita dah berada dalam fasa baharu ayuh kita berbincang.

“Anak-anak saya gembira apabila ibu bapa mereka kembali bersama. Kita ajar anak-anak kita inilah cinta,” katanya dalam temu bual sebuah audio siar (podcast) hiburan.

Jelas pelantun lagu Bersama Dengan Rindu itu lagi, dalam tempoh kemelut rumah tangganya dengan Farid, 42, sejak beberapa bulan lalu, banyak perkara yang dipelajari bersama.

Beberapa bulan ini saya nampak kami telah mengatasi beberapa perkara yang menjadi isu utama dalam perkahwinan kami.

“Ketika turun naik mahkamah, hati selalu berkata: ‘kalau ada harapan untik selamatkan hubungan, (minta) Allah tunjukkanlah jalan.

“Saya selalu bersifat terbuka untuk membaiki perhubungan. Jadi, kami sedang dalam proses mencuba untuk baiki hubungan yang ada ini walaupun dah ada titik noktah yang kecil itu,” jelasnya.

Kata Diana lagi, perkenalan dengan Farid selama hampir 16 tahun membuatkan dirinya tidak mudah untuk melepaskan segala-galanya begitu sahaja.

“Selain dia adalah suami dan bapa kepada anak-anak saya, dia juga kawan baik saya.

Benda itu bukan senang untuk kita terus ‘tutup buku’ dan move on. Kalau Allah atur untuk kami berhubungan lebih panjang, kami akan cuba untuk jadi lebih baik,” katanya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad,10, dan Nur Aurora,8.

Dalam Islam,‘Iddah‘ bermaksud tempoh menunggu di mana ianya adalah tempoh masa yang akan dilalui oleh seorang selepas perceraian atau kem4tian suami.

Tempoh ‘iddah bagi wanita yang bercerai atau kem4tian suami adalah tiga kali suci. Bagi yang menopause pula adalah 3 bulan.

Manakala wanita yang mengandung, adalah sehingga dia bersalin atau kandungannya gugur.

 

 

 

 

Sumber:K0smo