Pelakon popular Hong Kong, Louis Koo yang menjalankan penggambaran di Malaysia menyifatkan negara ini sebagai sangat baik dalam semua aspek, kecuali satu, iaitu kesesakan jalan raya.
Koo yang juga merupakan seorang penerbit dan pemilik syarikat perfileman berkata, Malaysia menawarkan pelbagai lokasi yang sangat sesuai untuk penggambaran termasuk bangunan lama yang sukar dicari di Hong Kong.
Dia juga tidak mengalami sebarang masalah komunikasi untuk melakukan penggambaran di Malaysia.
Walau bagaimanapun, dia ternyata kurang selesa berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Malaysia, namun secara berseloroh berkata, keadaan itu memberi peluang untuknya berehat dalam kereta.
“Lepas ini boleh cari peluang lagi untuk melakukan penggambaran di Malaysia kerana makanan di negara ini sangat sedap, cuma keadaan trafik di sini agak sesak.
“Saya rasa ini bagus juga kerana memberi peluang untuk berehat sementara menunggu dalam kesesakan lalu lintas,” katanya seperti dipetik China Press.
Koo yang berusia 53 tahun mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak tahun 1993 dan masih aktif sehingga kini.
Sumber:Mal4ysiaG4zette