Suami didakwa guna gelaran Datuk palsu, Intan Najuwa respons – “Saya husnuzon sajalah…”

Pelakon jelita yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Intan Najuwa enggan mengambil pusing mengenai sesetengah pihak yang mendakwa pangkat datuk yang ada pada suaminya yang juga ahli perniagaan, Ahmad Asraf Azman, adalah palsu.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata dia tidak kisah mengenai perkara tersebut kerana menyifatkan gelaran tersebut tidak memberi apa-apa padanya.

“Saya tak pernah pertikaikan. ‘It just a title’.

“Suami pun tahu saya memang tidak kisah mengenai perkara itu. Orang nak cakap apa, cakap sahajalah, tapi kita sendiri tahu dan kita diam.

“Kalau kita buat apa pun, mereka (netizen) sentiasa bercakap. Saya tiada nak buktikan apa-apa, tak mahu pertikaikan apa-apa. Siapa yang tahu, tahulah. Kita letak tepi lah. Ia cuma gelaran, tak membawa apa-apa pun.

“Saya juga menjalani kehidupan macam orang biasa dengan suami saya. Jadi kami hanya perlukan doa yang baik-baik daripada semua,” katanya ketika ditemu bual program hiburan popular TV3, Melodi baru-baru ini.

Tambah pelakon Jodohku Babysitter ini lagi, dia memilih pendirian untuk mengunci mulut mengenai perkara tersebut kerana enggan memperbesarkan isu remeh tersebut.

“Saya sebenarnya tak mahu membalas ciapan tersebut, tak mahu keruhkan keadaan . Kalau saya balas, perkara itu akan jadi isu besar.

“Saya akan lebih memilih untuk berdiam, kalau benda itu betul, betul, kalau salah, salah.

“Ada juga komen-komen yang keterlaluan, tapi saya cuma anggap mungkin si penulis itu tengah mengalami mood yang tidak baik pada hari itu. Saya husnuzon sajalah,” ujarnya.

Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 24 Ogos lalu.

Sebelum kontr0versi ini, Intan yang menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000 dikatakan memilih suaminya itu atas dasar harta. 

Sabar jelah ye, Intan! 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Xtr4