Imej bertudung Angeline Tan jadi tanda tanya

Tindakan pelakon Angeline Tan, 56, memuat naik beberapa foto bertudung di akaun Instagram miliknya menerima k0men positif netizen yang memuji penampilan digayakan itu cantik dan kelihatan muda.

Rata-rata netizen mendakwa raut wajah pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sebagai watak Lucy itu masih kekal ayu tanpa mekap dan tidak dimakan usia meskipun kini dia sudah melewati usia 50 tahun.

“Kenapa saya tengok akak masa kecil begini, saya sudah besar.. akak begini lagi. Cemburu wooo,” tulis netizen.

“Masya Allah, so pretty this bidadari syurga,” komen seorang lagi warga maya.

“Pakai apa pun cantik,” tulis seorang netizen.

Tidak hanya dipuji cantik, ramai juga pada kalangan pengikut Angeline iaitu rakan selebriti dan peminat mendoakannya agar mendapat hidayah daripada Allah.

“Masya-Allah kak. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan kak Lucy,” komen warganet.

“Akak Angeline dah peluk Islam ke?,” tanya seorang pengikutnya.

“Teruskan.. insya Allah. Akan dipermudahkan oleh Allah,” komen seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, Angeline ketika dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung penampilan bertudung itu, selesa berdiam diri.

Barangkali memilih ‘privacy’, Angeline mungkin berharap agar pendiriannya dihormati kerana sepanjang aktif berlakon sejak 1990-an lalu, dia tidak mencari populariti dengan publisiti murahan.

Sumber:BH