“Orang tu nak pakai ke, nak buka ke biarkan dia. Sebab dekat akhirat, Allah tak tanya dia tak pakai tudung kemudian kau pula kena se.ksa”.
Itu jawapan pelakon Fatin Afeefa selepas ditanyakan mengenai pendapatnya berkenaan pemakaian hijab menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon yang dikenali menerusi filem Tentang Bulan ini memaklumkan, menutup aurat adalah perkara paling utama yang perlu diambil berat dek kerana pemakaian hijab bukanlah menjadi keutamaan.
“Pakai tudung tak wajib, tapi tutup aurat itu wajib. Tak kisah lah nak pakai apa pun janji tutup aurat. Tak nak pakai tudung, pakai baldi nampak muka pun boleh.
“Sebab tu tutup aurat wajib. Saya tak cakap saya baik tapi bila orang cakap pakai tudung wajib, tapi pakai pakaian macam balut nangka, pakai baju nampak bont*t.
“Sebab tu, ada segelintir orang pemahaman dia tudung tu wajib. Tapi kalau anda rasa betul, betul la. Tapi kalau pakai tudung tu wajib, macam tu saya bolehlah pakai turban tapi nampak leher,” katanya.
Dalam hantaran sama, Fatin turut menitipkan pesanan buat netizen agar tidak cepat menjatuhkan hukum kepada mana-mana individu yang kini tidak lagi mengenakan hijab.
“Orang itu nak pakai ke, nak buka ke, biarkan. Sebab dekat akhirat, Allah tak tanya dia tak pakai tudung kemudian kau pula kena seksa.
“Jangan bercerita buruk pasal orang, sebab kita pun bukan baik sangat. Jadi jangan risau, pelakon itu nak buka tudung ke, buka baju ke biarlah. Awak tak ada kena mengena dengan dia.
“Doa yang baik-baik sahaja, kadang bila anda bercakap buruk pasal orang tu, bila dia berubah, dia jadi lebih baik dari anda,” jelasnya.
Terdahulu, isu “tudung terbang” kembali hangat diperkatakan selepas pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengambil keputusannya untuk tidak lagi memakai tudung.
Sebelum ini beberapa artis wanita lain turut terpalit dengan isu yang sama antaranya Emma Maembong, Uqasha Senrose dan Liyana Jasmay.
Sumber:H0tfm