Izara Aishah selamat bersalin anak kedua

Izara Aishah selamat melahirkan bayi kedua.

Berita gembira tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian di Instagram (IG) Izara.

Perkongsian tersebut turut memaparkan momen-momen manis saat suaminya, Adib Khalid memangku bayi perempuan kedua mereka sambil dipandang anak sulung, Irisa Alaia.

Namun, baik Izara atau suaminya, masing-masing tidak berkongsi bilakah bayi kedua mereka itu dilahirkan.

Terdahulu, menurut menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza ini dijangkakan bakal melahirkan bayi kedua pada penghujung September atau awal Oktober.

Malah, Izara turut memaklumkan sebelum ini dia  mendapat tahu telah berbadan dia ketika usia kandungannya mencecah empat bulan.

Sekadar  info, Izara dan suami, Adib Khalid  mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 3.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Xtra