Masuk Hospital Bahagia, Yasin Sulaiman lepas dan bebas 3 tuduhan d4dah

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman akhirnya
mampu menarik nafas lega selepas dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas tiga tuduhan kes d4dah.

Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun mengarahkan Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Dalam prosiding sebelum ini, saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Dr. Ian Lloyd Anthony mencadangkan agar Yasin menjalani raw4tan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.

Menurut saksi pembelaan itu, hasil pemerhatian terhadap Yasin menunjukkan penyanyi itu berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian seperti yang didakwa dalam pertuduhan.

Pada 6 Julai tahun lalu, Yasin terselamat apabila tidak
berdepan peruntukan hukuman gantung sampai m4ti atas pertuduhan mengedar d4dah jenis kanabis seberat 214 gram.

Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dad4h ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertudvhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Kesalahan did4kwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta D4dah Berbahaya (ADB) 1952.

Sepanjang di penjara, Yasin telah menghasilkan 13 buah lagu dan sudah memikirkan penyanyi yang bakal menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.

Sumber:Mst4r