Anak berubah sikap lepas kemaluan terputus ketika berkhatan, bapa tuntut keadilan

Berkhatan  adalah satu perkara yang dituntut di sisi agama kerana ia bagus dari aspek kesihatan dan kebersihan.

Kebiasaannya, kanak-kanak lelaki berumur sekitar 12 tahun akan disunatkan dan momen bersejarah itu akan disambut dengan meriah.

Namun, buat seorang kanak-kanak di daerah Sumatera Selatan Indonesia, momen bersejarah itu menjadi mimpi ng3eri apabila kemaluannya terpotong ketika majlis berkhatan beramai-ramai di sebuah pusat kesihatan di sini.

Bapa mangsa yang berang hadir untuk membuat aduan bersama keluarganya di sebuah balai polis di Palembang.

Kejadian terbabit dilaporkan berlaku pada 17 Oktober lalu.

Peguambela mangsa, Fitriadi berkata kanak-kanak tersebut mengalami perubahan sikap selepas kemaluannya terputus semasa berkhatan.

“Secara psikologi kanak-kanak itu mengalami perubahan, dia sering marah dan sering menyendiri,” kata Fitriadi kepada pemberita.

Bertambah malang lagi, berdasarkan pemeriksaan perubatan, kemaluan yang sudah terpotong itu tidak dapat disambung semula.

Sementara itu bapa kepada kanak-kanak terbabit, Alex Musriawan berharap akan ada keadilan untuk anaknya.

“Kami meminta keadilan. Kes ini diserahkan sepenuhnya kepada peguam,” jelasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mst4r