Hancur hati suami, isteri ‘busy’ dengan lelaki lain, diri sekadar jadi “mesin ATM” isteri!

Sejak akhir-akhir ini kes kehadiran orang ketiga dalam sebuah perhubungan perkahwinan semakin kerap kedengaran. Namun begitulah resam perkahwinan,yang tidak akan terlepas daripada ujian.

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

Selalunya kehadiran orang ketiga ini disabitkan dengan kesalahan si suami, namun kisah kali ini berbeza.

Hubungan pasangan ini bergolak bukan disebabkan kecurangan si suami, tetapi sikap si isteri yang dalam diam bermain kayu tiga!

Menurut suami malang yang mahu identitinya tidak didedahkan, dia dan isterinya merupakan pasangan jarak jauh (PJJ) dan ia sedikit sebanyak menjadi punca kecurangan si isteri.

“Dia (isteri) ada buat surgery untuk buang fibroid, then kena tunggu lebih kurang enam bulan baru boleh bersama.

“Ni dah masuk setahun lebih. Aku minta (bersama), dia cakap tak boleh lagi sebab tak sampai time lagi. Tiba-tiba dia cakap tak nak anak… tak nak tanggung sakit mengandung.

“Aku cakap tak apalah kalau tak nak anak… aku okay je. Tapi sejak dari tu, dia macam menjauhkan diri daripada aku.

Call pun tak, text pun tak… nak kata busy kerja, tegok status WhatsApp ada je hari-hari update. Paling kuat, call atau text nak minta duit. Itu saja… aku ni dah jadi macam ATM dia pula,” kongsi lelaki berkenaan.

Dipendekkan cerita, lelaki itu berkata segala-galanya terbongkar selepas dia memeriksa telefon bimbit isterinya kerana pelik mengapakah isteri nya memiliki dua telefon bimbit.

“Satu hari wife aku balik rumah, time dia mandi, aku terdetik nak tengok handphone dia lagi satu yang ada apps Omi.

“Buka tengok, semua lelaki… then tengok chat, ada satu chat yang dia layan dari awal tahun. Aku perasan yang laki tu ajak camping dengan dia.

Camping sekali even dua katil berbeza, still bersama walau cakap tak buat apa-apa. Then nampak lagi dia (lelaki) ajak tengok wayang. Bila tengok tarikh, hari yang sama dia (isteri) tiba-tiba nak balik cepat sebab ada program,” dedah lelaki berkenaan.

Sebaik sahaja mengetahui ‘kegiatan’ isterinya, lelaki tersebut tidak dapat menyembunyikan betapa luluh hati dan perasaannya sebagai seorang suami apabila mengenangkan isteri sendiri tergamak mencuranginya dalam diam.

“Aku rasa macam nak hempuk handphone tu bagi berderai, dar4h aku dah mendidih. Aku tak cakap apa-apa, kalau aku bercakap, takut tertinggi suara.

“Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni… aku buntu. Rasa nak menangis pun ada, nak tempik sekuat hati pun ada, aku serabut,” kongsinya lagi.

Luahan tersebut yang dikongsikan di laman X sehingga kini meraih lebih 1,100 ciapan.

Menjengah ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati dengan lelaki berkenaan malah mereka menitipkan nasihat serta pandangan bagi membantu mencari solusi kepada situasi yang dialaminya.

“Allahu… yang wife tu pun, kot la sunyi sangat tak usah PJJ. Dah la kau jadikan laki kau tu mesin ATM, pergi pula melayan jantan lain kenal dekat Omi.

“Tak faham betul aku dengan orang perempuan ni, dah dapat suami baik dilayan pula begini. Cerai jelah bang, dah kahwin tapi serupa bujang, baik kau jadi bujang balik.

“Paling utama kumpul bukti wife berhubungan dengan lelaki lain kemudian rujuk mana-mana lawyer syariah. Encik ada dua pilihan, tuntutan untuk isteri kembali taat dan tuntutan nusyuz,” demikian antara k0men yang diberikan warganet.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mst4r