10 Amalan Yang Sia-sia Dilakukan Jika..

Tujuan kita hidup sebenarnya adalah untuk beribadah kepada Allah. Allah jadikan manusia dan jin itu semata-mata untuk hambanya itu beribadah kepadanya.

 

Namun, tidak semua amal ibadah kita diterima oleh Allah kerana mungkin terdapat kesilapan-kesilapan yang mungkin kita tidak sedari atau berpunca dari kelalaian kita sendiri.

10 Amalan Yang Sia-sia Dilakukan Jika…

1. SOLAT
Orang melakukan solat tetapi mereka memakan harta yang tidak halal. Contohnya adalah orang memakan harta anak yatim.

2. PUASA
Orang yang berpuasa sedangkan anggota badannya melakukan perkara atau perbuatan yang haram atau maksiat.

3. ORANG YANG BERSEDEKAH
Orang yang bersedekah tetapi hanya dengan berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

4. ORANG YANG BERDAKWAH
Orang yang sering melakukan dakwah tetapi hanya untuk mencari populariti.

5. ORANG YANG BERDOA
Orang yang berdoa kepada Allah SWT tetapi mereka tidak berdoa untuk kedua orang tuanya dan orang lain.

6. ORANG YANG MEMBACA ALQURAN
Seseorang yang membaca ayat-ayat suci alquran tetapi mereka tidak membacanya dengan penuh tertib.

7. ORANG YANG ZIARAH KUBUR
Orang yang datang menziarahi kubur tetapi tidak mengucap salam kepada penghuni kubur.

8. ORANG YANG MEMBERI SALAM
Seseorang yang memberi salam tetapi dia berniat untuk bermain-main. Ini termasuklah bergurau senda dan sebagainya.

9. ORANG YANG MENJEMPUT TETAMU
Seseorang yang menjemput tetamu datang ke rumahnya tetapi tidak melayan tetamu yang datang itu.

10. PEMUDA DAN PEMUDI
Pemuda dan pemudi semasa mudanya telah menghabiskan masanya hanya dengan bersuka ria.

Mereka ini banyak menghabiskan masa mereka di tempat-tempat hiburan seperti kelab malam, tempat perjudian, lumba haram dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang tidak berfaedah dan yang haram di sisi agama. Masa mereka untuk beribadah terlalu sedikit.

Semoga kita semua memahami dan mengetahui serba sedikit hal-hal yang berkaitan dengan amalan yang mana diterima dan yang mana tidak.

Kita mampu menggandakan pahala melalui amalan kita dan pada masa yang sama kita mampu membuatkan kita rugi tanpa sedar. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Islam Itu Indah