Pocong jadian menangis selepas didenda tidur di kubur

Depok: Gara-gara menyamar jadi pocong, dua remaja di Kampung Bojong Liyo, Sukmajaya, Depok ini menerima padah selepas mereka dihukum tidur di kubur.

“Kami terpaksa memanggil ibu bapa mereka selepas ‘pocong’ terbabit menangis di atas kubur.

Kami menjelaskan berpura-pura menjadi pocong bukan satu gurauan kerana ia boleh membahayakan orang lain,” kata penduduk kampung itu, Fachmi, semalam.

Difahamkan, Fachmi adalah salah seorang daripada penduduk yang turut sama menangkap ‘pocong’ terbabit.

Ketika dihukum tidur di kubur, mereka juga ditemani penduduk kampung.

Jelasnya, tujuan hukuman itu adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka.

“Kita tidak menggunakan hukuman dalam bentuk fizikal. Ia adalah untuk mengajar mental mereka,” kata seorang lagi penduduk dikenali sebagai Oji.

Pihak berkuasa turut ke lokasi tersebut dan menasihatkan remaja itu dan ibu bapa mereka.

“Polis tidak mengambil sebarang tindakan. Kami meminta mereka tidak mengulangi perbuatan itu,” kata jurucakap polis, Bronet. – DetikNews

 

Haa..tulah, lain kali pedajal orang lagi. Kan sendiri kena. Tau pulak menangis ye.. kahkahkah! 

 

Sumber:Awani