PENYAMPAI radio Era, Radin mendedahkan dia merancang untuk mengikat pertunangan dengan teman wanitanya dikenali, Azlina Idris pada tahun ini.
Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy, 30, berkata, namun untuk mendirikan rumah tangga, dia belum mempunyai perancangan lagi.
“Tarikh (kahwin) belum ada kerana kami pun masih sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
“Cuma, ikut perancangannya akan merisik dan bertunang dahulu. Majlis bermungkinan akan dibuat pada tahun ini juga,” katanya.
Radin berkongsi perancangan hari istimewa buatnya dan kekasih ketika ditemui pada majlis perasmian kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya baru-baru ini.
Menurut Radin, dia bersikap terbuka dan sedia mengakui hubungan percintaan itu selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak.
“Saya sudah berjumpa dengan keluarga Azlima. Malah, dia juga sudah dibawa berjumpa dengan ahli keluarga saya. Ibu saya, restu hubungan kami dan tidak menghalang.
“Nak kata ini jodoh pun tak tahu lagi, sebab kami belum ‘disatukan’ lagi. Tetapi, untuk saya apa yang sudah dimilki sekarang adalah yang terbaik buat diri ini,” katanya.
Sebelum ini, Radin pernah mendedahkan bahawa dia menjalin hubungan cinta dengan seorang pramugari.
Difahamkan, hubungan istimewa mereka sudah terjalin sejak dua tahun lalu.
Tahniah Radin!
Sumber:HM