Cinta lama berputik kembali?

Penyanyi, pelakon dan pengacara cantik dari negara seberang, Luna Maya mengakui tidak mustahil sekiranya dia akan kembali bersama bekas kekasihnya yang juga penyanyi popular, Ariel Noah.

Luna memberi jawapan itu ketika hadir sebagai tetamu undangan dalam program Rumpi yang diacarakan oleh Feni Rose.

“Tak ada yang mustahil di dunia ini kecuali menggigit telinga sendiri. Susah kan?” katanya menjawab pertanyaan Feni.

Feni yang mesra disapa sebagai Kak Rose juga bertanya sama ada kedua-keduanya masih saling mengucapkan ucapan selamat hari jadi setiap kali hari istimewa itu tiba.

“Masih saling menghantar ucapan. Cumanya, tak ada hadiah. Lagi satu, dia pun selalu lewat memberi ucapan.

“Bukan hari jadi saja, tapi hari kebesaran lain juga masih saling menghantar ucapan,” kata Luna.

Hubungan antara Luna dan Ariel masih baik walaupun kedua-duanya sudah berp1sah sekitar tahun 2010.

Luna sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan usahawan dari Malaysia, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin serta jejaka dari Jepun, Ryochin.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH